Sunday - July 25, 2021 @ 00:21
BERITANASIONALKetua Pemuda Umno Kepong Ditikam

Ketua Pemuda Umno Kepong Ditikam

Datuk Norizan Ali

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepong, Datuk Norizan Ali,41 cedera ditikam di perut dihadapan rumahnya awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner, Amiruddin Jamaluddin berkata insiden tersebut dipercayai berlaku pada pukul 4 pagi sebaik sahaja mangsa pulang ke rumah selepas menonto perlawanan bola sepak bersama rakannya di kedai mamak.

“Beliau dipercayai meletakkan keretanya kira-kira 20 meter daripada rumah dua tingkatnya di Jalan Dagang 2/4, Taman Dagang sebelum dia didatangi dua lelaki dipercayai warga asing.

“Kami tidak pasti sama ada berlaku pergelutan kerana mangsa mengalami kecederaan sebelum dia ditinggalkan,” katanya ketika ditemui di Hospital Ampang.

Amiruddin berkata tidak ada sebarang barangan peribadi milik mangsa dilaporkan hilang dan polis masih lagi menyiasat punca berlakunya insiden tersebut dan berharap mereka dapat maklumat lanjut sebaik sahaja mangsa sedar.

Difahamkan Norizan sedang menjalani pembedahan selepas cedera ditikam di bahagian perutnya.

Salah satu jari tangannya cedera ditetak dan hampir putus.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here