28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang, Khoon Leng Masih Tunggu Saman Lim Guang Eng – @hklpenang @cmlimguaneng

Sudah dihantar dua minggu lalu, tetapi masih belum sampai kepada penerimanya.

Itu status misteri notis saman daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional Negeri, Ng Khoon Leng, berhubung isu tanah Taman Manggis.


Menurut Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik, surat berkenaan dihantar kepada Khoon Leng menerusi peguam Karpal Singh pada 1 Oktober lalu.

Namun Ketua Pemuda BN Pulau Pinang itu masih belum menerima surat berkenaan dan tidak pasti ke alamat mana surat itu ditujukan.


Bingung dengan perkara itu, siang tadi Khoon Leng datang sendiri ke pejabat peguam Karpal Singh untuk mendapatkan salinan notis berkenaan, namun dimaklumkan notis itu sebenarnya tidak wujud.

NG KHOON LENG / KETUA PENERANGAN PEMUDA BN P.PINANG
“Yang saya difahamkan Setiausaha Politik Ketua Menteri tunjuk notis kepada media, tapi mereka kata tak ada surat, jadi saya pun tak tau surat tu palsu atau benar. Saya berada di pihak yang benar dan akan terus kerja untuk hak rakyat dalam isu tanah Taman Manggis akan terus berjuang”.


Notis saman itu dikatakan susulan kenyataan Khoon Leng yang mendakwa penjualan tanah Taman Manggis mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Ia berikutan penjualan tanah seluas 0.46 hektar yang dirizabkan bagi pembinaan rumah kos rendah itu, sangat mencurigakan kerana ia akan dimajukan dengan projek pembinaan hospital swasta dan hotel mewah.

Berita Berkaitan

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan