25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Ketua Srikandi PKR umum keluar parti

Ketua Srikandi PKR, Nurainie Haziqah Shafii hari ini mengumumkan peletakkan jawatannya dan bertindak meninggalkan parti berkenaan.

Nurainie dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil selepas tidak lagi yakin dan percaya kepada idealisme perjuangan serta hala tuju PKR ketika ini.

“Saya telah mengambil keputusan meletak jawatan dan keluar daripada menjadi anggota PKR. Keputusan ini diambil kerana saya tidak lagi ada keyakinan dan kepercayaan kepada idealisme perjuangan serta hala tuju parti pada hari ini,” katanya.

Nurainie juga memaklumkan bahawa beliau turut meletakkan jawatannya selaku exco Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat dan anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Keputusan ini diambil atas prinsip bahawa jawatan ini adalah atas kapasiti saya selaku anggota PKR,” katanya.

Sehubungan itu, Nurainie merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada anggota PKR yang memberi mandat kepada saya sebagai exco Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang menang pada pemilihan PKR lalu.

“Juga kepada menteri besar Selangor dan Datuk Bandar MBPJ kerana memberikan kepercayaan serta kerjasama sepanjang saya menjadi anggota PKR dan Ahli Majlis MBPJ.

“Saya berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara melalui platform saya yang sedia ada serta memberi sepenuh komitmen terhadap usaha membantu golongan yang memerlukan melalui kapasiti saya sebagai seorang peguam,” katanya. Mkini

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan