25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Ketua Umno Penampang Dakwa Muhyiddin, Shafie Berdolak-dalik

sidang-media-mahathir-sosma-1

Seorang Ketua Umno Bahagian mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menukar pendirian mereka mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Datuk John Ambrose, yang mengetuai Umno bahagian Penampang, dipetik sebuah portal berita sebagai berkata Timbalan Presiden Umno dan Naib Presiden Umno itu mungkin terlupa kedua-dua mereka mengundi untuk menyokong Sosma yang digubal di Parlimen.

“Mereka, pada masa itu, tidak menentang undang-undang berkenaan atau bersuara untuk menentangnya,” portal itu memetik beliau.

Ambrose dilapor berkata demikian selepas Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri dan Anggota Parlimen Pagoh, serta Shafie, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Anggota Parlimen Semporna, menghadiri sidang akhbar anjuran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Isnin.

Sidang akhbar itu untuk membantah penggunaan Sosma terhadap dua individu yang didakwa atas tuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia.

Ambrose juga dilaporkan mengkritik Shafie kerana mempertikaikan syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad dan menyatakan bahawa banyak perkara yang penting kepada rakyat masih lagi belum ditangani.

Ketua UMNO Bahagian Penampang itu berkata, Muhyiddin dan Shafie merupakan anggota Kabinet kerajaan persekutuan sehingga Julai tahun ini dan isu 1MDB dibincangkan pada mesyuarat Kabinet.

“Jadi mereka tidak boleh kata tidak tahu. Malah, Muhyiddin mempengerusikan satu daripada mesyuarat Kabinet apabila isu 1MDB dibincangkan dan semua isu telah diperjelaskan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ambrose berkata 1MDB yang melantik presiden baharu tahun ini, membentangkan program rasionalisasi dan pengurangan hutangnya kepada Kabinet pada Jun lepas, yang diluluskan Kabinet.

Beliau berkata adalah jelas 1MDB memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan sehingga hujung tahun ini untuk menyelesaikan rasionalisasi dan pengurangan hutangnya, dan Muhyiddin serta Shafie tidak menentang rancangan ini atau tidak bersetuju mengenainya.

“Sekarang Shafie dan Muhyiddin bercakap seolah-olah mereka tidak dimaklumkan mengenai fakta berkaitan 1MDB dan tidak menjadi anggota Kabinet yang meluluskan program rasionalisasi dan pengurangan hutang,” beliau dipetik sebagai berkata.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan