Keuntungan suku ketiga Kuala Lumpur Kepong melonjak kepada RM783.94 juta - pakdin.my

Keuntungan bersih Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) melonjak kepada RM783.94 juta pada suku ketiga berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM368.7 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelum ini.

Perolehan meningkat kepada RM5.17 bilion daripada RM3.71 bilion.

Pendapatan sesaham asas naik kepada 72.7 sen berbanding 34.2 sen.

Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini menjelaskan peningkatan dalam prestasi ini telah disumbangkan oleh keuntungan yang lebih baik daripada segmen perladangan, pembuatan dan pembangunan hartanahnya.

Segmen perladangan mencatatkan hasil yang lebih tinggi pada RM432.6 juta selepas didorong oleh harga jualan minyak sawit mentah (MSM) dan isirong sawit (PK) yang lebih tinggi yang direalisasikan semasa suku tersebut, masing-masing menokok 53.8 peratus dan 81.4 peratus dari tahun ke tahun.

“Bagaimanapun, kenaikan keuntungan sebahagiannya telah diimbangi oleh kos pengeluaran MSM yang melonjak akibat daripada penurunan pengeluaran peratusan buah tandan segar (TBS) sebanyak 4.5 peratus termasuk sumbangan keuntungan yang lebih rendah daripada operasi pemprosesan dan perdagangan,” katanya.

Untuk segmen pembuatan, keuntungannya meningkat 93.9 peratus kepada RM207.5 juta disumbangkan oleh prestasi yang jauh lebih baik daripada operasi Malaysia, China dan Eropah termasuk pendapatan yang lebih tinggi sebanyak RM2.827 bilion berbanding RM2.091 bilion tahun sebelumnya.

Keuntungan daripada bahagian oleokimia turut melonjak dua kali ganda kepada RM207.8 juta, manakala unit pembuatan lain mencatatkan kerugian sebanyak RM303,000.

Sementara itu, keuntungan segmen hartanah KLK naik kepada RM15.4 juta daripada RM7.0 juta disebabkan oleh peningkatan pendapatan yang ketara kepada RM33.4 juta berbanding RM15.1 juta.

Melangkah ke hadapan, KLK mengunjurkan keuntungan kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2021 akan bertambah dengan ketara.

Pada penutupan dagangan Bursa Malaysia hari ini, saham KLK naik 38 sen kepada RM19.88 dengan 457,700 saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

UTAMAEKONOMIKeuntungan suku ketiga Kuala Lumpur Kepong melonjak kepada RM783.94 juta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium