- klik-klik iklan
-klik iklan-
Home POLITIK Khairuddin perlu jalani rawatan mental

Khairuddin perlu jalani rawatan mental

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menempelak kenyataan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menggelar sayap PKR itu sebagai gangster.

- Advertisement -

Menurut exconya, Shariful Azmir Mustafa, Khairuddin digesa menjalani rawatan mental kerana sering membuat kenyataan tidak masuk akal malah tidak munasabah.

“Sejak beberapa bulan ini Khairuddin dilihat seperti orang sakit (mental) kerana dilihat sering meroyan dengan kata-kata kesat dan biadab terutama kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya faham beliau ‘stress’ kerana setelah gagal mendapatkan tempat di Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau terpaksa menyertai (parti) Amanah untuk menjadi calon pilihanraya namun akhirnya tewas.

“Saya juga ingin menasihati beliau agar menjalani rawatan untuk mengawal kemarahan serta membuat pemeriksaan kesihatan mental kerana saya amat khuatir akan keadaan beliau kebelakangan ini yang dilihat seperti kehilangan hala tuju,” bidas Shariful Azmir.

Khairuddin semalam menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak tunduk dengan cara ‘penyangak’ dalam mempersoalkan mengenai peralihan kuasa antara Dr Mahathir dengan Anwar Ibrahim.

- Advertisement -

Beliau turut berkata telah menasihati Dr Mahathir agar jangan tunduk pada tekanan daripada kalangan penyokong Anwar.

“Siapa mereka hendak tunjuk samseng!!

“Ini bukan soal politik tetapi ini pegangan ajaran agama islam yang berteraskan kepada al- quran serta as-sunnah!! Tolong jangan sesiapapun mempersendakan ajaran agama islam!!,” katanya di Facebook semalam.

Dalam pada itu, Shariful Azmir menggesa agar Penyelaras Parlimen Jasin itu tidak campur tangan dalam urusan peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Anwar.

“Beliau perlu ingat kemenangan ini adalah kemenangan rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan untuk mengotakan janji termasuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 seperti yang termaktub dalam Perjanjian Muafakat Pakatan Harapan yang ditandatangani pemimpin keempat-empat parti,” katanya. – MalaysiaGazette

- klik iklan -
-klik-klik iklan-

Berita berkaitan

Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit...

Tak hirau perintah berkurung, kawasan pantai tiba-tiba dipenuhi kondom

SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta...

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Menurut Arab...

Kereta ‘naik’ lori… helah suami isteri nak balik kampung tersangkut di roadblock pelabuhan

MATLAMAT utama untuk pulang ke kampung halaman dan kerana itu juga mereka berusaha untuk memastikan hasrat menjadi kenyataan. Kejadian pada Ahad kira-kira pukul 1 petang di...
- Advertisement -

TERUSKAN BERSAMA KAMI

991FansLike
4,746FollowersFollow
3,328FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

TERKINI

Perlu ada undang-undang bendung kutipan derma palsu di internet, kata peguam

Seorang peguam menggesa supaya undang-undang digubal bagi mengawal kutipan dana secara atas talian bagi membendung penipu mempergunakan sikap pemurah penderma. A Srimurugan berkata, undang-undang sedia...

Sekatan jalan diperketat, tiada percubaan rentas negeri

Memasuki hari kedua Syawal, tiada lagi percubaan oleh pengguna lebuh raya untuk melakukan pergerakan rentas negeri. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman...

Puding buih beli dalam talian dipercayai punca 48 keracunan makanan

Sejumlah 48 individu yang mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian pada Jumaat lepas telah menerima rawatan. Pengarah Kesihatan...

[Video] Adik kebetulan berhari raya di Hulu Bernam ajak abang jumpa di jambatan Sungai Bernam

Cerita sebenar yang kami dapat dari abang beliau Azli Abu Sien. "Adik lelaki tu duk tg malim... Adik perempuan tu ziarah mertua dia di Ulu...

Tiada lagi ziarah Aidilfitri selepas 1 Syawal

Memasuki hari kedua Syawal hari ini, bermakna rakyat tidak boleh lagi meneruskan budaya kunjung mengunjung dan aktivit ziarah Aidilfitri selepas ini berikutan pelaksanaan Perintah...
-klik iklan-

SERING DIBACA

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..