25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

Khalid Cadang Bubar DUN Selangor Awal Kerana Pengundi Sudah Sedia

dun selangor bubar awal
Sudahkah semua janji-janji dalam manifesto PRU lepas ditunaikan?

SHAH ALAM: Cadangan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei bulan depan adalah kerana pengundi di negeri itu kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau mengesyorkan cadangan tersebut selepas berpendapat rakyat Selangor di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah bersedia.

“Saya tak nak rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan…ini membazirkan tenaga dan menimbulkan banyak perbincangan berbentuk spekulasi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Pengurusan Sosial Selangor atau e-GEMS (e-Generasi Idaman Selangor) di sini, Khamis.

Abdul Khalid berkata beliau berharap cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan menggerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengumumkan tarikh pilihan raya.

Selain itu, katanya, cadangan tersebut supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana kerajaan negeri menghampiri tarikh tamat mandat pemerintahannya.

Di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perkara LXX (2), kerajaan negeri boleh terbubar dengan sendiri apabila mencecah lima tahun pada 22 April 2013 ini.

DUN Selangor mula bersidang pada 22 April 2008.

Bagaimanapun, di bawah Perkara 55(2) (b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, Sultan boleh menggunakan budi-bicaranya untuk menangguhkan perkenan permintaan daripada Menteri Besar dan Exconya untuk membubarkan DUN.

Ditanya sama ada beliau telah memohon perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membubarkan DUN Selangor, Abdul Khalid berkata beliau sedang dalam proses untuk memohon perkenan baginda.

Mengenai sistem e-GEMS, Abdul Khalid berkata sistem data yang dibangunkan itu bertujuan mewujudkan pangkalan data dan profil penduduk di peringkat kampung dan kawasan perumahan bagi memudahkan pemantauan aktiviti atau gejala sosial dengan lebih berkesan.

Melalui sistem itu, masyarakat boleh membuat aduan mengenai aktiviti tidak bermoral di tempat mereka atau untuk memohon bantuan kebajikan dan kaunseling kepada mereka yang memerlukan.






Berita Berkaitan

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan