26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Khalid dan semua Exco kena buktikan tak bohong isu pusat giat MARA

Tweet-Khalid-on-GiatMara

Ini sudah jadi macam filem hindustan. Apabila Tan Sri Khalid Ibrahim tiba-tiba pusing cakap kerajaan Selangor hanya akan ambil alih tanah Pusat Giat MARA di Selayang sekiranya prasarana tempat itu tidak ditingkatkan.

Padahal baru-baru ini, Exco kerajaan negeri Ean Yong Hian Wah turut hadir bersama wakil Persatuan Peniaga Cina meninjau tempat itu sambil pihak pejabat Tanah dan Daerah Gombak menyerahkan notis supaya pusat giat MARA itu berpindah sebelum 10 Disember tahun ini.

Dalam notis ditandatangani pegawai Tanah dan Daerah tidak ditulis pun syarat prasarana pusat berkenaan mesti ditingkatkan sebaliknya mesti pindah kerana didirikan ditanah kerajaan tanpa kebenaran.

Dinyatakan juga, jika gagal tindakan akan diambil termasuk di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Malah, ada ura-ura tanah tersebut dikatakan akan bertukar milik kepada sebuah syarikat membaik pulih pesawat.


Selepas dikecam kerana arahan pindah itu sekaligus menyebabkan pusat giat MARA tersebut akan tutup dan bakal menyebabkan belia-belia yang tidak dapat meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi hilang peluang belajar kemahiran, Menteri Besar Selangor sudah pusing cakap.

Beliau cuba menutup bahang yang semakin membara kerana isu tersebut turut dilihat sebagai penganiayaan terhadap belia-belia Melayu yang mempelajari kemahiran di pusat berkenaan.

Malah ada blog dan laman sosial mengaitkan semua itu usaha DAP untuk menafikan hak orang Melayu mendapatkan pelajaran selepas kurang bernasib baik untuk meneruskan pengajian di tahap lebih tinggi.

Khalid dalam laman twitter beliau selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Rabu menyatakan kerajaan hanya akan ambil alih tanah sekiranya Giat Mara tidak tingkatkan prasarana dalam tempoh setahun.

Katanya, kerajaan negeri Selangor memberi notis kepada Giat Mara pada 4 Disember lalu setelah mendapati keadaannya tidak mencapai tahap yang baik dan perlu pembaikan.

“Kita bagi notis satu tahun untuk pihak Giat Mara memperbaiki bangunan dan kemudahan di situ serta membuktikan kemampuan mereka kepada kerajaan negeri.

“Kalau (mereka) tidak mampu kita akan ambil alih kerana ada syarikat yang berminat memberi latihan membuat alatan kapal terbang,” ulangnya dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut.


Apakah Khalid sudah hilang kebolehan membaca hingga tidak memahami kandungan notis yang langsung tidak menetapkan syarat meningkatkan prasarana sebaliknya arahan berpindah dan tiada ganti rugi atau pampasan akan diberikan.

Notis tidak menyatakan syarat mesti tingkat kan prasarana sebalik kena pindah dan jika gagal tindakan undang-undang termasuk di bawah akta Kanun Tanah Negara

Adakah Menteri Besar Selangor itu berbohong atau Pegawai Tanah dan Daerah yang mengeluarkan notis berpindah itu?.

Khalid perlu jelaskan perkara ini kerana majoriti rakyat Selangor yang mengundi pakatan rakyat berhak tahu apakah ini skrip cerita hindustan yang banyak pusing sana sini atau ada kong kali kong.

Bukan Khalid saja mesti jelaskan perkara ini tetapi seluruh Exco yang menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 6 November 2013 yang menetapkan keputusan mengarah pusat berkenaan pindah juga kena memberi penjelasan.

Lagipun, ini bukan pertama kali kerajaan Selangor menutup pusat giat MARA kerana sudah berbuat demikian di pusat giat Mara Merbau Berdarah Sabak Bernam dan di Kapar pula hanya menunggu masa.


Bahkan, menurut ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Soohami Shahadan, sebelum ini kerajaan negeri sudah menghalang projek pembinaan kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM di tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah.

Beliau yang juga Pengerusi Pelaburan MARA Berhad (PMB) memandang serius perkembangan ini kerana sekiranya dibiarkan anak Selangor akan rugi dari segi pendidikan.
Justeru itu beliau mahu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menepati janjinya untuk tidak menutup Pusat Giat MARA Selayang.

“Sekiranya kerajaan negeri mahu menganugerahkan tanah tersebut, keutamaan seharusnya diberi kepada Pusat Giat MARA yang telah bertapak lebih 21 tahun dan bukannya pihak lain.

“Walaupun kerajaan negeri sudah menyatakan tidak akan menutup pusat tersebut, Jawatankuasa Bertindak Khas yang telah ditubuhkan akan terus memantau perkembangan ini,” kata beliau kepada pemberita selepas meninjau pusat giat  MARA Selayang, Rabu.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Bertindak Khas, Dr. Sabri Mustaffa Afifi menyifatkan penutupan pusat pendidikan sesuatu yang serius dan sekiranya diteruskan jawatankuasa akan terus mempertahankan dari segenap sudut.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...