Khalid Didakwa Menidakkan Pembangunan Dibawa BN - pakdin.my

Cerita banyak pun tak guna. Tutup sahaja Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong Persekutuan (JKKKP) di Selangor.

Peruntukan digunakan untuk membesarkan tembolok kroni. Tembolok dah besar nak besar lagi gunakan kekayaan dari projek ICU untuk merebut jawatan dalam UMNO.

noh-kalid

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang cuba menidakkan pembangunan yang dibawa Barisan Nasional, BN di negeri itu.

Beliau mengulas dakwaan Tan Sri Abdul Khalid itu kononnya kemajuan sembilan daerah kawasan luar bandar di Selangor jauh daripada tahap memuaskan walaupun wujud Kementerian khusus Kerajaan Pusat bagi pembangunan luar bandar.

Tegasnya, hingga kini kawasan luar bandar negeri Selangor antara yang termaju berbanding negeri lain hasil kemajuan dibawa oleh BN.

Jelasnya lagi, soal prasarana seharusnya tidak menjadi isu utama sebaliknya fokus perlu diberikan terhadap pembangunan modal insan.

Dalam ucapan Selamat Hari Raya menerusi akhbar Kerajaan Negeri, Tan Sri Khalid Ibrahim mempersoalkan Kementerian yang dikhususkan dalam pembangunan itu.

UTAMAPOLITIKKhalid Didakwa Menidakkan Pembangunan Dibawa BN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium