Khalid Ibrahim kepada Teng: Teruskan dedah kelemahan saya - pakdin.my

*Khalid Ibrahim memberitahu kita mengapa kita tidak perlu mengundi pembangkang.
Mereka tidak telus dan wataknya lemah*
****
Khalid kepada Teng: Teruskan dedah kelemahan saya
Bekas Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu menunjukkan kelemahan beliau malah ketika beliau masih bersama gabungan pembangkang dulu, bukan menggunakannya sebagai ancaman sekarang.
Beliau memberi maklum balas terhadap exco kanan Selangor Datuk Teng Chang Khim yang berkata HARAPAN tidak teragak-agak mendedahkan kelemahan Khalid jika beliau memilih untuk bersama BN.
“Teruskan. Jangan hanya lakukan ugutan dan ancaman, tidak guna.
“Tindakannya lakukan ugutan hanya menunjukkan karakternya yang lemah,” kata beliau.
Apabila diberitahu Teng tidak mendedahkan kelemahan beliau sebelum ini kerana atas dasar hormat, beliau tertawa dan berkata sekarang ini Teng tidak lagi menghormati beliau kerana sudah tidak lagi menjadi sebahagian daripada kumpulannya.
Seorang lagi bekas MB Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar mendakwa BN akan mendapat bantuan daripada Khalid bersama-sama dirinya dan dua orang lagi bekas MB.
Teng kemudiannya bertindak balas berkata HARAPAN tahu kelemahan peribadi Khalid semasa beliau menjadi menteri besar dan tidak teragak-agak mendedahkannya.
Read more at https://malaysiakini.com/news/398414#95ht1VrlY16VcdqZ.99
UTAMAPOLITIKKhalid Ibrahim kepada Teng: Teruskan dedah kelemahan saya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium