Khalid Jaafar, Calon PKR Hulu Selangor - pakdin.my

khalid jaafar

 

AIDCNews – 26/02/13 – Khalid Jaafar, Pengarah badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim, IKD (Institut Kajian Dasar) dicalonkan menjadi bertanding di parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengumuman nama Khalid dibuat oleh Anwar Ibrahim sendiri.

“Saudara Khalid Jaafar ini lama dengan saya. Dia dulu adalah wartawan di Berita Harian. Kemudian jadi Setiausaha Akhbar saya sejak saya jadi menteri.

“Jadi saya tengok, untuk kita tonjol seorang tokoh di sini. Jadi saya bincang dengan kawan-kawan, supaya dia jadi calon di Parlimen Hulu Selangor,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang hadirin.

Khalid yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dijangka akan berdepan dengan penyandang kerusi tersebut, P Kamalanathan dari Barisan Nasional.

UTAMAPOLITIKKhalid Jaafar, Calon PKR Hulu Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium