24.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

Khalid Jadi Pengarah PRK Kajang, Azmin Jadi Bodoh #PRKKajang

pecat-khalid-azmin

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution baru-baru ini mengumumkan perlantikan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengarah pilihanraya kecil Dun Kajang.

Melalui kenyataan ringkas yang dikeluarkan, Saifuddin menjelaskan perlantikan Khalid itu bagi memastikan kelancaran gerak kerja jentera pilihan raya sekali gus dapat mempertahankan kerusi tersebut yang telah dimenangi PKR pada PRU13, tahun lalu.

“Demi menghadapi PRK Dun Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi, PKR telah membuat beberapa lantikan khusus untuk memastikan kelancaran gerak kerja jentera pilihan raya. Insya-ALLAH dengan ini jentera pilihan raya PKR akan dapat bergerak dengan berkesan demi membawa kemenangan kepada parti, PR dan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Yang menjadi persoalannya ialah, dimanakah peranan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi PKR Selangor? Apakah ini bermaksud Anwar tidak lagi percaya pada Azmin yang suatu ketika dahulu merupakan ‘anak emas’ kepadanya?

Menurut pemerhati politik, perlantikan Khalid ini secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa PKR cuba meminggirkan Azmin. Dalam bahasa mudah ia adalah merupakan gerakan halus untuk ‘memulaukan’ Azmin dari terus campur tangan dalam politik dan kepimpinan negeri.

Ini kerana sekiranya dilihat dari hireiki kepimpinan parti, jawatan Azmin lebih tinggi daripada Khalid dan sewajarnya diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengetuai jentera parti yang melibatkan politik.

Malah sekiranya dirujuk kepada kenyataan Anwar sebelum ini, dia secara sinis mengatakan Khalid bukanlah merupakan seorang ahli politik yang baik. Malah perkara itu turut diakui oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat melalui salah satu program wawancara sebelum ini.


Menurut Suhaizan, selepas diberikan penerangan berhubung kemelut politik di Selangor, dia akhirnya bersetuju dengan keputusan PKR untuk meletakkan Anwar bertanding di Kajang.

Ini kerana menurutnya Khalid perlu dibantu oleh Anwar kerana dia bukan merupakan ahli politik yang baik.

Sekiranya Khalid bukan merupakan ahli politik yang baik, apa rasionalnya dia di lantik sebagai Pengarah Pilihanraya? Jadi benarlah tanggapan sebelum ini yang mengatakan kehadiran Anwar di Selangor adalah untuk mengawal dan sekaligus ‘membunuh karier’ politik Azmin.

Paling menarik, apabila sumber tertinggi PKR turut mendedahkan, Anwar, Khalid dan Wan Azizah sebenarnya sudah tidak tahan lagi dengan karenah Azmin yang semakin ‘menjolok mata’. Oleh itu dengan kehadiran Anwar di dalam kerajaan negeri, masalah ini dijangkan dapat diselesaikan.

Khalid juga dikatakan akan dilantik semula sebagai Pengerusi PKR Selangor yang sebelum ini telah ‘dirampas’ oleh Azmin. Patutlah sejak kebelakangan ini kelibat Azmin semakin sukar dilihat terutama dalam program-program yang melibatkan Anwar.

Nampaknya peranan dan jawatannya sebagai orang no 2 parti, sudah tidak lagi diperlukan, walaupun pada suatu ketika dahulu dia adalah merupakan pendokong dan penyokong utama Anwar.

Bak kata pepatah, dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

Berita Berkaitan

Agong isytihar Batu Sapi darurat, PRK batal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...