Khalid Kantoi Menipu – Tukar Majlis Syura Kepada Jawatankuasa Pendengaran - pakdin.my

Sudah terhantuk dan kantoi menipu di bulan Ramadan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan lewat malam Selasa berkata kerajaan Selangor memutuskan untuk menukar nama Majlis Syura, kepada Jawatankuasa Pendengaran dipercayai berikutan kemurkaan Sultan Selangor semalam.

Menurut Khalid kerajaan negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama Majlis Syura bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos lalu.

“Justeru kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui Mais (Majlis Agama Islam Selangor),” katanya.

Bagaimanapun katanya, matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa tersebut tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor.

Kerajaan negeri, kata kenyataan yang dikeluarkan pejabat Khalid itu,  berharap perubahan nama yang diputuskan akan merungkai sebarang kekeliruan dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu gereja dan Jais bagi kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada Sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini,” katanya lagi.

Semalam, Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda melahirkan rasa terkejut dan murka dengan tindakan Menteri Besar yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titah baginda.

Mohamad Munir berkata dalam pertemuan minggu lalu Khalid hanya mengatakan mahu bertemu dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi pemeriksaan Jais awal bulan ini.

“Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura, itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku.

“Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu,” katanya.

Kelmarin, kerajaan negeri Selangor mengumumkan penubuhan Majlis Syura bagi menyelesaikan segala pertikaian yang berlaku dalam pemeriksaan Jais itu.

Jawatankuasa khas itu atau dikenali sebagai Majlis Syura — dianggotai Khalid, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar.

“Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu,” kata Khalid kelmarin.

Kenyataan penuh PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Kerajaan Negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama ‘Majlis Syura’ bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Methodist Church di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Justeru kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui MAIS.

Walaubagaimanapun, matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Dato’ Menteri Besar dan DYMM Sultan Selangor.

Kerajaan Negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata.

Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada DYMM Sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini.

Berita terdahulu:

Sultan Selangor Nafi Titah Bentuk Majlis Penasihat Syura Sebagaimana Yang Diumum MB

 

 

UTAMABERITAKhalid Kantoi Menipu - Tukar Majlis Syura Kepada Jawatankuasa Pendengaran

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium