@Khalid_Ibrahim mula meroyan, arahkan Selangor gantung projek Pusat..

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

Tindak balas keputusan mahkamah halang MPSepang runtuhkan, tutup kamera AES

khalid-pruShah Alam: Selangor menggantung semua projek jalan raya dan prasarana Kerajaan Persekutuan di negeri itu sebagai tindak balas keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) tiada kuasa mengekuarkan notis mengarahkan syarikat penyelenggara kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES di dua lebuh raya dalam Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan kepada media menerusi Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar petang semalam, berkata penggantungan sementara itu diambil sehingga proses rayuan selesai

Kerajaan negeri arah semak nota kehakiman

Dalam kenyataan empat perenggan itu, beliau berkata, kerajaan negeri kesal dengan keputusan mahkamah bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina di atas jalan Persekutuan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri melihat perkara itu amat serius dan merangka beberapa tindakan, susulan termasuk mengarahkan Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan jabatan undang-undang MPSepang menyemak nota kehakiman dan memfailkan rayuan.

Sedia senarai
Kerajaan negeri juga telah mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor menyediakan senarai cadangan pembangunan Persekutuan sama ada lebuh raya atau prasarana Transit Aliran Ringan (LRT) untuk disemak semula oleh Majlis Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan kerajaan negeri terjamin.

Pada masa sama mana-mana kebenaran pembangunan yang telah diberikan kepada jalan raya dan prasarana Persekutuan hendaklah digantung buat sementara waktu sehingga proses rayuan selesai.

Kenyataan akhbar menerusi e-mel itu dikeluarkan beberapa kali dan mengandungi kesilapan. Kenyataan pertama pada jam 1.20 petang ada mengandungi perenggan menggantung semua projek jalan raya dan prasarana Kerajaan Persekutuan, tetapi menyatakan MPSepang sebagai Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Bagaimanapun kira-kira jam 1.40 petang, Sekretariat Akhbar menghantar pembetulan dengan membuang perenggan terakhir itu tetapi mengekalkan MPS. Kira-kira jam 5.30 petang menerusi e-mel terbaru, sekretariat itu membetulkan nama pihak berkuasa itu kepada MPSepang dan memasukkan semula perenggan mengenai penggantungan projek.

BACA juga:

Leave a Reply