Khalid Naikkan Gaji Guna Peruntukan Kerajaan Persekutuan – Khir Toyo

khalid-gaji

- Advertisement -

Sebelum ini masyarakat khususnya di Selangor terkejut dengan tindakan melampau kerajaan negeri itu untuk meluluskan usul kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan untuk semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 ini.

Di sebalik polemik itu, ada yang merasakan kenaikan itu sebagai umpan untuk memancing semua Adun agar menolak sebarang cubaan menukar pucuk kepimpinan negeri. Ini kerana umum mengetahui, sejak dipilih semula sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim sentiasa berdepan dengan pelbagai isu yang dipercayai didalangi oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Mungkin kerana tidak tahan dengan ‘gerakan’ Azmin yang sentiasa menjadi duri dalam daging, Khalid baru-baru dilaporkan membuat kenyataan untuk mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada Mei tahun depan.Selain untuk mengukur kekuatan, Khalid mungkin merasakan ia adalah merupakan medan yang terbaik untuk membunuh karier politik anak emas Anwar itu sekali gus mengurangkan cengkaman Azmin di dalam PKR.

Malah tidak kurang juga, ada yang merasakan, kenaikan mendadak itu sebagai tanda protes terhadap kritikan terbuka Anwar yang telah mencalarkan imejnya. Anwar sebelum ini dilaporkan telah membuat kritikan tersebut di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Pembangkang itu dikatakan menempelak Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

“Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh,” katanya.

Paling menarik, apabila para pencacai pakatan cuba mempertahankan tindakan Khalid itu dengan mengatakan ia adalah kerana sikap berjimat cermat Khalid yang begitu teliti mengurus tadbir kewangan negeri. Namun apabila diteliti, sumber kewangan yang digunakan untuk kenaikan gaji dan elaun itu adalah berpunca dari dan yang diperoleh dari kerajaan persekutuan.

Mantan menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo menjelaskan dana yang digunakan untuk menaikkan gaji itu adalah sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Menurutnya RM600 juta daripada rizab Selangor adalah lebihan peruntukan MARRIS yang gagal dimanfaatkan Pakatan Rakyat negeri itu.

“ADUN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari sebelum ini memberitahu lebihan dana MARRIS dimasukkan ke dalam simpanan rizab Selangor. Daripada 2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan bagi kepada kerajaan negeri RM1.75 bilion. Tetapi yang dibelanjakan hanya RM1.1 bilion.

“Bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan untuk digunakan perbaiki jalan, tetapi kerajaan negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab,” kata.

Kesimpulannya, kenaikan tersebut bukanlah kerana Khalid hebat menguruskan kewangan kerajaan negeri seperti yang didakwa oleh para pencacai mereka. Realitinya ia adalah merupakan kegagalan kerajaan negeri menguruskan dana MARRIS sehingga menyebabkan rakyat Selangor terpaksa menggunakan jalan yang tidak diselenggarakan dengan sempurna.

Atau dalam bahasa mudah, rakyat terpaksa menanggung kesulitan melalui jalan raya yang rosak dan berlubang yang ada kalanya menjadi punca kemalangan jalan raya, semata-mata untuk membolehkan Khalid naik gaji. Apabila dipersoalkan, jawapan yang paling mudah adalah meletakkan kembalikan kesalahan tersebut kepada kerajaan persekutuan.

Laporan Audit Negara 2013 sebelum ini mendedahkan 75 peratus rakyat negeri itu merungut dengan keadaan jalan raya yang berlubang dan tidak dinaik taraf.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Khalid patut diusir, Saifuddin pertahan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad keluar dewan dipertahankan wakil rakyat dari kerajaan. Ahli...

Vaksin Covid-19 tak mungkin siap tahun depan, kata pakar

Kemungkinan vaksin koronavirus siap 100 peratus pada tahun depan adalah tipis, kata pakar Perancis, memberi amaran tentang mengambil langkah penjarakan sosial secara serius. “Menghasilkan vaksin...

Nga Letak Jawatan Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan meletak jawatan serta-merta bermula hari ini. Beliau berkata, ia sejajar prinsipnya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.