29.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Khalid Samad ajar Khalid Ibrahim

Khalid Samad cadangkan Khalid Ibrahim guna rizab tunai Selangor yang dikatakan tinggi untuk pastikan semua kadar bayaran berkaitan PBT dan kerajaan negeri itu kekal rendah.
Khalid Samad cadangkan Khalid Ibrahim guna rizab tunai Selangor yang dikatakan tinggi untuk pastikan semua kadar bayaran berkaitan PBT dan kerajaan negeri itu kekal rendah.

Kerajaan negeri Selangor pada Rabu diajar oleh Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad mengenai cara terbaik menggunakan simpanan wang dalam rizab tunainya yang tinggi.

Kata Khalid, pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dikepalai Tan Sri Khalid Ibrahim boleh menggunakan rizab tunai berkenaan untuk memastikan rakyat di negeri itu tidak terjejas dengan beberapa kenaikan harga yang diumumkan baru-baru ini. 

“Sekarang merupakan masa terbaik bagi kerajaan negeri Selangor membuktikan pelaksanaan konsep negara berkebajikan,” kata beliau dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam yang diadakan bagi menyuarakan kekecewaan terhadap pentadbiran Khalid Ibrahim yang menaikkan kadar pelbagai jenis bayaran di Selangor.


Khalid berkata, adalah penting kerajaan negeri memastikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menaikkan kadar sewaan premis atau tanah, lesen atau sebarang bayaran yang perlu dibayar oleh pengguna.

Beliau mendakwa rakyat sudah mula merungut dengan kenaikkan tersebut yang disifatkan tidak perlu.

Antara lain, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dikatakan mula mengenakan bayaran parkir kenderaan di kawasan yang sebelum ini tidak pernah dikenakan bayaran.

Kadar sewa untuk pengusaha restoran meletak meja dan kerusi di kawasan parkir tepi jalan juga dinaikkan sekali ganda oleh MBSA sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati peniaga yang menyifatkan kenaikkan itu keterlaluan.

“Kalau dahulu kadar yang dikenakan sebanyak RM10,000 untuk tempoh 6 bulan kini MBSA menaikkan sehingga RM20,000 bagi jangka masa yang sama,” kata Khalid.


Bagaimanapun, kita semua tahu, rizab tunai negeri Selangor yang tinggi itu sebahagiannya merupakan hasil pendapatan daripada peruntukkan MARRIS yang tidak digunakan oleh kerajaan negeri. Peruntukkan MARRIS ini merupakan peruntukkan yan disalurkan oleh kerajaan pusat untuk memperbaiki kualiti jalan raya di Selangor.

Dalam sidang media yang sama, Khalid turut menegur pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan PBT di Selangor yang disifatkannya terlalu banyak kerenah birokrasi sehingga menimbulkan konflik dengan pemaju.

Ahli Parlimen PAS itu memberikan contoh dua projek pembangunan di Shah Alam, iaitu pembinaan jalan alternatif ke Padang Jawa dan juga pembinaan Kompleks Konvesyen Pameran Perabot (IDCC) yang didakwanya terjejas  akibat kerenah birokrasi.

Projek  jalan raya alternatif di Padang Jawa masih tidak dilaksanakan biarpun telah mendapat kelulusan semua pihak termasuk peruntukkan RM3.8 juta  daripada kerajaan negeri.

Manakala pembinaan IDCC di  Sekyen 16 Shah Alam yang membabitkan kos RM 200 juta dan dikatakan bakal menjadi bangunan konvesyen perabut terbesar di Asia Tenggara pula tergendala akibat keengganan MBSA meluluskan beberapa syarat.


Perhubungan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pemaju tidak patut ‘berlaga’ antara satu sama lain, tegur Khalid.

“Kerajaan negeri boleh jadi kerajaan yang bersih tanpa korupsi walaupun dengan kerjasama baik dengan sektor swasta.

“Manakala PBT sepatutnya menjadi pemudahcara bukannya meremehkan atau melambatkan proses pembangunan kerana sikap yang ingin menunjukkan kuasa,” kata Khalid menunjuk ajar-bnbbc.my

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan