Khalid Samad baru keluar gua, terpegun naik MRT tanpa pemandu - pakdin.my

Selamat datang ke Kuala Lumpur, YB Menteri.

Maaf saya tidak pasti YB tinggal di mana sebelum ini.

Projek ini dibina oleh Kerajaan yang dikatakan bankrap pada satu ketika dahulu dengan kos RM21 bilion dan penjimatan sebanyak RM 2 bilion.

MRT Sg Buloh-Kajang ini tak besar impaknya. Cuma hasilkan 130,000 pekerjaan. Ia juga diusahakan oleh anak-anak Malaysia.

Ada graduan dari institusi tempatan dan ramai juga anak-anak kita dari luar negara kembali ke tanah air untuk menjayakan projek ini.

Tak ramai juga yang gunakan MRT ni. Kira-kira beberapa juta orang sahaja jadi tahniah YB Menteri antara orang-orang pertama yang menjejak kaki di sistem pengangkutan awam moden kita.

Dalam perancangan kerajaan bankrap dahulu, ada juga perancangan untuk 2 lagi MRT iaitu MRT 2 Sg Buloh-Serdang-Putrajaya dan MRT 3 Circle Line.

Tapi tak pasti lah apa statusnya yang terkini.

Apapun, selamat datang ke Kuala Lumpur dan semoga YB menikmati Malaysian Hospitality kami.

Facebook Najib Razak

https://pakdin.my/tag/mrt

UTAMANAJIB RAZAKKhalid Samad baru keluar gua, terpegun naik MRT tanpa pemandu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium