Khalid Samad buka pekung dalam PKR Selangor - pakdin.my

Khalid Samad cadangkan Khalid Ibrahim guna rizab tunai Selangor yang dikatakan tinggi untuk pastikan semua kadar bayaran berkaitan PBT dan kerajaan negeri itu kekal rendah.

Kemelut politik yang melanda Selangor kini berpunca antara Pengerusi PKR negeri, Mohamed Azmin Ali dan Presiden Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini diakui ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang melihat tecetusnya pergolakan yang meruncing ketika ini sehingga memaksa Pilihan Raya Kecil di DUN Kajang bermula dengan pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.

Oleh itu, katanya, PKR bersetuju menempatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘pengaman’ bagi meredakan ketegangan dua individu terbabit.

“Krisis Azmin dan Abdul Khalid, ini menjejas operasi. Dengan adanya Anwar dalam kerajaan mungkin masalah dapat dikurangkan termasuk mengatasi usaha sabotaj yang kita nampak sedang berlaku,” katanya dalam sidang media di pejabat beliau di Shah Alam, Khamis.

Selain itu, apa yang berlaku adalah salah satu strategi untuk mempertahankan negeri yang dipimpin pakatan supaya kekal daripada dirampas Barisan Nasional (BN) atau UMNO.

Itu menjelaskan bahawa beliau bersetuju dengan tindakan PKR mengosongkan kerusi di Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar mengukuhkan tembok pertahanan mereka di Selangor.

Khalid turut menyatakan kegusarannya terhadap UMNO yang didakwa semakin gagah menyusun langkah untuk merampas kembali Selangor.

“Ancaman UMNO tahap maksimum. Beliau (Anwar) tidak boleh benarkan. Beliau boleh campurtangan pentadbiran negeri jika jadi Adun. Boleh jumpa pegawai kerajaan untuk elakkan sabotaj.”

“Sangat kuat ancaman UMNO di Selangor. Usahanya satu usaha yang akan dan sedang dipertingkatkan,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu.

Dalam pada itu, beliau turut memuji tindakan mantan ADUN Kajang Lee Chin Cheh yang rela mengorbankan kedudukannya di kerusi itu semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim.

Chin Cheh mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lepas selepas menggantikan Lee Kim Sin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Lee dengan undian 19, 571 mengalahkan calon MCA/BN Lee Ban Seng yang hanya memperoleh 12, 747 undi.

“Ini berbeza dengan melompat parti ataupun khianat. Beliau telah berkorban. Kalau orang UMNO, berebut nak kerusi jadi ADUN sogoklah, rasuah nak jadi ADUN. Ini dah jadi ADUN dia berkorban atas arahan parti.

“Rayuan saya kepada pengundi di Kajang, setelah Lee buat pengorbanan sedemikian rupa, janganlah mempersia-siakan pengorbanan beliau,” katanya.

Anwar pada Selasa lalu telah mengesahkan akan bertanding di kerusi DUN Kajang selepas Chin Cheh melepaskan kerusi berkenaan untuk membolehkan beliau bertanding di kawasan itu.

Tindakan itu dilihat sebagai satu strategi yang telah diatur oleh PKR semata-mata untuk meredakan kemelut melibatkan Azmin dan Khalid yang semakin meruncing walaupun dinafikan PKR.

Namun, pengakuan Khalid ini sedikit sebanyak sudah mula membuka pekung sebenar PKR Selangor.

UTAMAPOLITIKKhalid Samad buka pekung dalam PKR Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium