Thursday, June 24, 2021
POLITIKKhalid Samad digelar ‘ular dalam semak’

Khalid Samad digelar ‘ular dalam semak’

khalid-samad-ular-dalam-semak

Memalukan apabila sebagai seorang umat Islam mengutuk usaha kerajaan membina kilang percetakan Al-Quran di Putrajaya.

Itulah yang berlaku dengan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang mempertikaikan pembinaan yang sepatutnya dibanggakan.

Tegas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, usaha itu mendapat pengiktirafan dunia dan sesuatu yang harus dibanggakan oeh rakyat Malaysia.

“Saya nak tanya Shah Alam (Khalid) tahu tak apa itu erti Al-Quran, Iqra tu apa. Shah Alam kalau berdebat pasal hadis macam sufi tapi bila kita hendak memperjuangkan pembinaan kilang Al-Quran, Shah Alam bangkang sepatutnya MP Ipoh Barat yang bangkang,” katanya ketika membahaskan rang undang-undang Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Khamis.

Tambah Azeez, Selangor negeri yang ditadbir pembangkang dan tidak mampu membina kilang seumpama ini sepatutnya bersyukur dengan usaha kerajaan Barisan Nasional yang begitu prihatin dalam merealisasikan satu lagi sejarah kedua terbesar di dunia.

“Bila saya bangkitkan isu Al-Quran, Datuk yang Dipertua (Timbaan Speaker) pun tak ganggu ini pula Shah Alam. Muka macam ulamak tapi perangai macam ular dalam semak yang mengganggu. Malulah sikit. Ini pun (kilang Al Quran) Bintulu boleh sokong,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing juga menempelak Khalid kerana berlagak seperti ahli ulamak sedangkan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah juga pernah murka kerana Khalid mempertikaikan campur tangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung isu rampasan bible.

Pembinaan kilang percetakan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2015.

Pusat percetakan al-Quran itu akan dibina atas inisiatif kerajaan bersama Yayasan Restu.

Kilang percetakan bernilai RM30 juta itu dijangka mampu mencetak sejuta naskhah al-Quran setahun untuk diedarkan ke seluruh dunia dan bakal menjadi tempat tumpuan penggiat dan penggemar seni khat.

Berkaitan:

Terkini

Popular

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here