Sunday, June 20, 2021

Khalid Terkejut Azmin Batalkan Perjanjian Air Selangor

Must Read

Kepada yang kenal Azmin semasa menjadi SUSK Anwar Ibrahin di pejabat Kementerian Kewangan sebelum Anwar di pecat mesti faham mengapa.

khalid-ibrahim-azmin-batal-perjanjian-air

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa terkejut atas pengumuman sebelah pihak yang dibuat Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berhubung keputusan untuk menamatkan perjanjian air antara kerajaan negeri dengan Pusat.

Namun begitu, beliau memaklumkan tidak dapat mengulas lanjut soal keputusan itu ekoran kekurangan butir pengumuman.

“Kami sangat terkejut dengan pengumuman tidak rasmi yang dibuat Menteri Besar Selangor tentang tidak menyambung MoU antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

“Namun, butiran pengumuman terlalu kurang untuk kami memberi sebarang komen,” katanya melalui kemaskini status terkininya di Facebook, semalam.

semalam, Azmin dilaporkan Sinar Harian berkata Kerajaan Selangor telah membatalkan perjanjian penstrukturan air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan yang didakwanya telah melanggar perjanjian.

“Kerajaan Pusat melanggar terma perjanjian ditandatangani September 2014 menyebabkan kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan.

“Ketika saya menjadi menteri besar pada September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian ini, namun Kerajaan Persekutuan gagal memenuhinya bahkan meminta lanjutan tempoh,” katanya.

Beliau berkata, Selangor tidak mempunyai sebarang pilihan lain selain membatalkannya.

“Apa pilihan yang kita ada? Saya mahu melihat syarat baru yang mereka ingin bincangkan dengan kerajaan negeri,” katanya.

Abdul Khalid pula berkata sepatutnya kedua-dua pihak, negeri dan pusat perlu mencapai satu penyelesaian untuk memastika kebajikan rakyat terpelihara.

“Kami ingin mengulangi bahawa penstrukturan semula air yang bermula pada 2008 itu bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya secara peribadi percaya bahawa kedua-dua kerajaan-kerajaan negeri dan Persekutuan mesti mengakui kesilapan dan bersetuju dengan satu penyelesaian yang akhirnya akan memanfaatkan rakyat,” katanya.

Menurut Abdul Khalid, perjanjian berat sebelah sebelum ini yang lebih memihak kepada syarikat konsesi menyebabkan rakyat telah menanggung kerugian sejak sekian lama.

Keputusan drastik Azmin itu dilihat bakal menjejaskan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 dan bakal mengundang krisis air di Selangor bakal berpanjangan tanpa penyelesaian.

Sementara itu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, kerajaan Persekutuan tidak melanggar apa-apa perjanjian yang ditetapkan dengan kerajaan negeri seperti yang didakwa Azmin.

“Keputusan yang diambil bercanggah dengan Memorandum Persefahaman (MoU) dan Heads of Agreement (HoA) yang dipersetujui kedua pihak 26 Februari dan 1 Ogos tahun 2014.

“Kerajaan Negeri Selangor masih belum menyempurnakan perjanjian utama yang ditandatangani pada 12 September lalu, itu sebabnya kami minta penangguhan. Kerana masih ada isu yang belum diselesaikan kerajaan negeri sendiri,” katanya ketika ditemui dalam sidang media, lapor Sinar Harian.

Antara isu yang masih belum diselesaikan oleh Kerajaan Negeri termasuk urusan pindah milik aset air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM1.68 bilion bagi membantu Air Selangor membiayai kos pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air.

“Isu lain yang timbul termasuk urusan pindah milik aset air syarikat-syarikat konsesi air (Consession Companies Water Assets-CCWA) kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat-syarikat konsesi oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion.

“Kerajaan Negeri juga masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada Air Selangor,” katanya.

Dr Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, tempoh lanjutan yang diminta Kerajaan Persekutuan adalah disebabkan kelewatan kerajaan negeri menyelesaikan isu-isu yang disebut dan bukannya diminta atas sebab lain.

“Kemajuan pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) sehingga 25 Februari 2015, kemajuan fizikal khususnya bagi pembinaan komponen loji rawatan air hanyalah pada 1.18 peratus berbanding jadual iaitu 3.43 peratus.

“Kelewatan ini hanya berlaku kerana Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan agensi dan pihak berkuasa tempatan menangguhkan pengeluaran segala kelulusan dan permit untuk pembinaan loji tersebut sehingga penstrukturan ditamatkan,” katanya lagi.

Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor disaran mengkaji semula keputusan menamatkan perjanjian air negeri itu.

Ini kerana tindakan tersebut boleh memberi implikasi besar terhadap industri perkhidmatan bekalan air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.





- Advertisement -spot_img

Leave a Reply

- Advertisement -spot_img
Latest News

Polisi tutup Kelab “Fable” lantaran hendak buka pada tengah malam

Jakarta (ANTARA) - Petugas Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya menegur dan menutup Kelab "Fable" yang berlokasi di kawasan...
- Advertisement -spot_img

More Articles Like This

- Advertisement -spot_img