Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm

Malaysia

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm

Indonesia

Indonesia
4,242,532
Confirmed
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Indonesia
4,086,759
Recovered
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Indonesia
143,333
Deaths
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm

Global

All countries
245,971,755
Confirmed
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
All countries
221,190,733
Recovered
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm
All countries
4,991,218
Deaths
Updated on October 28, 2021 21:39 9:39 pm

@Khalid_Ibrahim : Elak surat sokong perniagaan #PecatFaekah

4:58PM Jul 28 2010

Elak surat sokong perniagaan

MALAYSIAKINI: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menasihati semua pemimpin di negeri ini supaya mengelak daripada mengeluarkan surat sokongan berunsur perniagaan.

Beliau berkata hal berkenaan ditujukan kepada semua pemimpin termasuk wakil rakyat, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelak timbulnya konflik kepentingan serta boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

“Satu surat pekeliling akan dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dalam masa terdekat berhubung saranan ini dan kita minta semua pemimpin mengambil perhatian terhadapnya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata surat sokongan bagi tujuan untuk mendapatkan bantuan kebajikan amat digalakkan terutamanya bagi membantu golongan kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan.

“Surat sokongan seperti anak mahu masuk universiti, orang susah untuk dapatkan bantuan dan bantuan untuk warga emas amat dialu-alukan,” katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, Datuk Bandar, Yang DiPertua PBT dan agensi kerajaan diminta untuk mengumpul semua surat sokongan yang telah dikeluarkan oleh semua pemimpin untuk diaudit dan dinilai keberkesanannya.

Sementara itu, Abdul Khalid meminta supaya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyelaraskan tarif air bagi meter individu dan meter pukal untuk membolehkan pengguna di Selangor menikmati pemberian air percuma bagi setiap 20 meter padu pertama setiap bulan dengan caj yang sama.

Beliau berkata pada masa ini, Syabas mengenakan caj yang berbeza mengikut jenis meter iaitu bagi meter individu, setiap 20 meter caj dikenakan ialah RM11.40, RM16 untuk pengguna meter pukal bagi pangsapuri kos rendah dan RM27 (pangsapuri bukan kos rendah).

“Kita berpendapat perbezaan tarif air mengikut jenis meter tidak patut berlaku dan akan mengadakan rundingan bersama pihak Syabas agar tarif perkhidmatan air diselaraskan untuk semua,” katanya.

Abdul Khalid berkata perbezaan tarif mengikut jenis meter ini dikenal pasti ketika Kerajaan Negeri sedang memperluaskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan kepada penghuni rumah kos rendah yang mengggunakan meter pukal.

Beliau berkata kerajaan negeri turut memperkenalkan sistem kupon air percuma bagi memastikan penduduk kediaman bertingkat jenis kos rendah turut menikmati kemudahan berkenaan.

MB: Surat Faekah Amalan Biasa

By: Norhayati Umor– June 23, 2012

SHAH ALAM  23 JUN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan isu pemberian surat sokongan daripada Setiausaha Politiknya, Faekah Husin kepada sebuah firma guaman tidak seharusnya timbul.

Katanya, menjadi amalan biasa sekiranya mana-mana syarikat lain memintanya menandatangani surat sokongan seperti itu.

Beliau berkata firma guaman terbabit juga tidak dilantik dalam keputusan pengambilan panel peguam oleh salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri(GLC) itu.

“Isu surat sokongan itu tidak timbul, hal itu biasa, kadang-kadang saya pun akan tulis ‘dipanjangkan’ itu sahaja. Syarikat itu tidak dapat pun… adakalanya orang tidak mahu suruh saya tandatangan sebab tidak dapat,” katanya selepas mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan pembukaan Pusat Membeli Belah Setia City Mall, di sini.

Abdul Khalid menambah perkara itu juga tidak menjadi satu kesalahan etika kerana beliau hanya memanjangkan surat itu untuk dipertimbangkan sekiranya perlu.

“Kalau kita kata, sila ambil dia untuk dapatkan perniagaan itu, itu memang salah. Tapi saya panjangkan surat itu untuk dipertimbangkan jika perlu.

“Jadi kalau orang tulis surat kepada saya, sebagai contoh ‘boleh tidak Menteri Besar berikan surat ini kepada PKNS? Apa yang saya akan buat, saya tulis sahaja ‘panjangkan’ maknanya saya tidak ‘melobi’. Sebab saya tahu tujuan dia tulis surat itu kepada saya supaya mendapat perhatian PKNS. Jadi saya panjangkan lah…tapi terpulang kepada PKNS atau mana-mana syarikat GLC untuk menimbangkannya.

“Oleh itu juga makin kurang orang tulis surat kepada saya sebab saya hanya tulis panjangkan saja bukan tulis ‘sila bagi dia bisnes’,” katanya.

Sebelum ini, Faekah seperti mana dilapor akhbar dan blog mesra Umno-BN bahawa beliau didakwa menulis surat sokongan kepada firma guaman milik anak saudaranya agar dilantik menjadi panel peguam Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Katanya, walaupun beliau menandatangani surat berkenaan, namun ia tidak bermaksud salah guna kuasa berlaku kerana beliau tidak memberi projek kepada firma berkenaan.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021