@Khalid_Ibrahim Sahkan Manifesto PR Hanya Untuk Suka-suka - pakdin.my

Nampaknya, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, benar-benar buntu apabila diasak dengan persoalan mengenai kegagalan kerajaan pimpinannya untuk menunaikan janji bekalan air kegunaan domestik percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada semua rakyat Selangor.

Jawapan beliau kepada media berkenaan isu ini dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri kelmarin iaitu ‘manifesto bukan satu perjanjian’, telah benar-benar membangkitkan kemarahan rakyat Selangor. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kenyataan tersebut seolah-olah ‘membunuh diri’ atau ‘membunuh parti sendiri’.

Mungkinkah Khalid tidak tahu bahawa rakyat mengundi sesebuah parti itu berdasarkan beberapa perkara asas iaitu: 1. Rekod perkhidmatan, 2. Ideologi, 3. Manifesto.

Memandangkan PR belum ada rekod perkhidmatan, dan tidak mempunyai ideologi yang pasti, maka kemenangan PR di Selangor bolehlah dikatakan semata-mata terletak kepada manifesto yang diumumkan.

Rakyat Selangor sanggup menolak BN dalam PRU 2008 walaupun parti itu mempunyai rekod cemerlang, semata-mata ingin menikmati 20m padu air percuma, bantuan tadika, sumbangan ke universiti dan berbagai-bagai lagi yang dibentangkan sebagai manifesto PR ketika itu.

Maka, malanglah bagi rakyat Selangor apabila setelah 4 tahun memerintah, tiba-tiba saja MB Selangor sendiri mengakui bahawa kerajaannya tidak harus dipertanggungjawabkan untuk menunaikan segala yang terkandung dalam manifesto tersebut, kerana ia bukan satu perjanjian.

Dalam ertikata lain, manifesto itu hanyalah untuk suka-suka sahaja – ia dideraf dan diumumkan sekadar untuk sedap didengar bagi menarik undi.

Jika ‘manifesto bukan perjanjian’ maka apakah ia?

Mengikut kamus dalam talian, manifesto adalah satu “perisytiharan mengenai niat, cadangan, motif atau pandangan seseorang individu, kumpulan, parti politik atau kerajaan”.

Berpegang kepada definisi ini, rakyat Selangor telah memilih PR dengan harapan bahawa parti tersebut akan melaksanakan segala niat, cadangan, motif dan pandangan yang diisytiharkan oleh mereka.

Jelas, rakyat Selangor telah membuat kesilapan besar.

Benar, bukan semua niat atau cadangan dapat dilaksanakan kerana kadangkala terdapat halangan dan masalah-masalah sampingan yang di luar jangkaan. Namun, ini tidak wajar dijadikan alasan dalam masalah kegagalan membekalkan air percuma kepada rakyat Selangor. Lebih-lebih lagi setelah kerajaan PR mempunyai masa selama 4 tahun untuk menunaikannya. Sekiranya terdapat halangan atau masalah, mereka seharusnya sudah dapat mengatasinya.

Namun, yang menjadi isu di sini bukanlah kerana kerajaan Selangor menghadapi masalah untuk melaksanakan manifesto air percuma ini, tetapi kerana MB Selangor telah mengesahkan bahawa kerajaannya tidak pernah berjanji mengenainya justeru itu, tidak perlu, tidak ingin dan tidak akan melaksanakannya!

Dengan itu, rakyat tidak harus lagi mempercayai apa jua manifesto yang telah atau akan dibentangkan PR.

Manifesto isu air percuma bukan perjanjian – @Khalid_Ibrahim »

khalid-failedA manifesto is a written public declaration of the intentions, motives, or views of the issuer, be it an individual, group, political party or government. It often is political in nature, but may present an individual’s life stance. Manifestos relating to religious belief are generally referred to as creeds. Manifesto…

UTAMAPOLITIK@Khalid_Ibrahim Sahkan Manifesto PR Hanya Untuk Suka-suka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium