Khalwat: Shah Jaszle tak mengaku, pasangan mengaku salah - pakdin.my

Shahrizal (kanan) bersama peguamnya, Asyraf A. Ranee di Makmahah Rendah Syariah daerah Petaling
Shahrizal (kanan) bersama peguamnya, Asyraf A. Ranee di Makmahah Rendah Syariah daerah Petaling

Pelakon Shahrizal Jaszle mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Petaling di sini pada Selasa.

Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, membuat pengakuan itu di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Bagaimanapun pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.

Sehubungan itu mahkamah memerintahkan Farah Nurizzati membayar denda RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Farah Nurizzati Salleh

Mahkamah bagaimanapun membebaskan Shahrizal dengan wang jaminan RM1,500 dan menetapkan 21 Januari 2014 sebagai tarikh perbicaraan terhadapnya.

Dalam kejadian 16 Mei lalu, Shahrizal dan Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 25, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada hari raya Aidiladha lalu.

Ketika di mahkamah, pelakon lelaki itu diwakili peguam syarie, Asyraf A. Ranee.

UTAMAGAYA HIDUPKhalwat: Shah Jaszle tak mengaku, pasangan mengaku salah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium