Khatam Quran setiap Ramadan selama 14 tahun, ustaz mohon maaf pernah kutuk Rosmah [Video]

Pendakwah Ahmad Husam Baderuddin mendedahkan Datin Seri Rosmah Mansor mengkhatam Quran setiap kali Ramadan selama lebih 14 tahun.

Ahmad Husam berkata, perkara itu dimaklumkan seorang ustaz yang dikenalinya ketika menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Rosmah.

“Saya tanya, ustaz kenal (Rosmah) masa mana, sebelum ni. Ustaz Subki kata, saya ni kenal dengan Datin Seri dah 14 tahun.

“Setiap tahun, tiap-tiap kali bulan Ramadan, mula satu Ramadan sampai khatam Quran, setiap hari selama 14 tahun, saya mai untuk mendengar bacaan Quran Datin Seri Rosmah.

“Dia tadarus depan saya, setiap hari dalam bulan Ramadan selama 14 tahun. Mula daripada hari pertama sampai khatam Quran,” katanya.

Jelas Ahmad Husam, Rosmah bagaimanapun gagal mengkhatam Quran tahun lalu susulan serbuan dilakukan ke atas kediamannya oleh pihak berkuasa.

“Jadi dia (Rosmah) tak berapa nak tenteram. Tahun lepas saja kami baca tetapi tak khatam,” katanya lagi.

Mendengar cerita yang disampaikan, Ahmad Husam memohon maaf kepada Rosmah selepas menggelarkan wanita itu dengan pelbagai gelaran buruk sebelum ini.

”Kalau datin seri yang cerita, saya tak percaya. Ni ustaz. Saya ukur dengan diri saya, dulu saya kata macam macam dekat orang tua ni (Rosmah), tapi saya minta maaf dah semalam.”

7 KOMEN

  1. Terlajak perahu boleh diundur..
    Terlajak fitnah?! Minta maaf pon dah macam tak ada apa-apa sebab fitnah telah bertebaran merata-rata tanpa boleh dikutip balik.. jadikan sempadan pada ustaz-ustaz gelaran manusia supaya berhati-hatilah sebelum menyebarkan berita terutama didalam majlis ceramah anda..

Comments are closed.