Khatib dijemput Ilahi, rebah di mimbar ketika khutbah Jumaat [Video] - pakdin.my

SEBUAH video yang menunjukkan seorang khatib tiba-tiba rebah ketika menyampaikan khutbah Jumaat menjadi tular di media sosial.

Khatib Masjid Al Bukhary, Alor Malai, Jalan Langgar di Alor Setar, Kedah yang dikenali sebagai Ustaz Ku Yaacob dilaporkan meninggal dunia.

Anak bongsu Ustaz Ku Yaacob atau nama penuhnya Ku Yaacob Ku Hasim mengesahkan mengenai bapanya telah kembali ke rahmatullah.

Ku Munirah, 29, berkata, bapanya disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 2.15 petang di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah.

“Menurut pihak hospital, ayah meninggal dunia akibat serangan jantung. Sebelum ni ayah okay, tak ada pula arwah mengadu sakit dada,” katanya.

Menurut Ku Munirah yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu, bapanya tidak mempunyai penyakit jantung, tetapi menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Tambahnya, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al Bukhary di Alor Setar sebelum Maghrib.

Allahyarham Ku Yaakob merupakan Timbalan Pengerusi 1 Masjid Albukhary.

Terdahulu, jemaah Masjid Al Bukhary, Alor Setar gempar apabila khatib yang membaca khutbah Jumaat, rebah pada Jumaat dan kejadian tersebut dirakamkan oleh beberapa jemaah.

Ku Yaacob dilaporkan pengsan sebelum pasukan perubatan tiba dan memberikan bantuan penafasan (CPR).

Dilaporkan, imam kedua masjid berkenaan bertindak menggantikan Ku Yaacob dan menyambung semula khutbah berkenaan.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/wYdjHoiq7ts

UTAMABERITAKhatib dijemput Ilahi, rebah di mimbar ketika khutbah Jumaat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium