KHAZANAH Nasional – Secawan Cappuccino☕ - pakdin.my

Apabila dikejutkan dengan dari 9 cerdik pandai beberapa Melayu Muslim mengambil tindakan berehat daripada mengemudi Khazanah Nasional, aku terpana seketika… Dengan izin Allah, selamatkan negara kami dari pimpinan yang salah! Khazanah ialah syarikat ulung milik negara.

Dalam tempoh satu hari perletakan jawatan mereka, pasaran saham ranap lagi RM2 billion. Setelah RM semakin lemah dari RM 3.86/USD sebelum PRU melangkah longlai ke angka RM 4.36/USD dan pasaran saham yang lembab, apakah signal ini tidak di fahami oleh Pakatan Harapan (PH)?

Sosok seperti Tan Sri Azman Mokhtar adalah spesis yang pupus dalam bangsa dan negara ini. Apabila “bala” dicipta sang pengubah negara, apakah bakal meranapkan ekonomi negara? Atau setidaknya kerusi-kerusi itu bakal diganti orang yang boleh di pegang remote atau pilihan MOF (baca DAP).

Hari ini, Di umumkan Perdana Menteri (PM) telah melantik Tun Mahathir sebagai Pengerusi Khazanah Nasional yang nantinya mempunyai akses dengan PM bagi memudahkan sebarang kelulusan keputusan.

Khazanah Nasional juga menerima perlantikan Dato Seri Azmin Ali yang juga mempunyai akses hubungan akrab dengan Menteri Ekonomi yang membolehkan kepentingan bersama di lindungi.

Dalam buku ikrar Harapan jelas mencatatkan;
“Kerajaan PH akan memastikan pelantikan BOD ke dalam GLC nasional, adalah dari kalangan profesional & bukan berdasarkan kaitan politik mereka ” – Buku Harapan m/s 70

Akhirnya Pengerusi PH, PM, Menteri ekonomi dan Timbalan Presiden PKR telah membakul sampahkan janji tersebut lalu melalui pintu belakang telah melantik PM dan Menteri Ekonomi sebagai Lembaga Pengarah Khazanah Nasional. Perbendaharaan Khazanah Nasional terlalu di cemburui oleh mereka.

Siapa lagi Melayu Muslim yang mampu memimpin ekonomi bangsa melalui PNB sebagai contoh. Kita tidak menafikan kepakaran Hassan Merican, tetapi mampukah berseorangan mengemudikan kepentingan Entiti Melayu di dalam Khazanah Nasional.
(www.malaysiakini.com/news/436606)

Kegagalan Daim Zainuddin di China adalah signal jelas ketidak yakinan negara luar kepada kepimpinan yang ada, mana mungkin wakil PM yang bercapal@sandal dalam majlis rasmi membawa aspirasi dan hajat besar kerajaan PH, gagal dalam misinya, sewajarnya Guan Eng yang harus “mengadap” kerajaan China sebaliknya PM tidak meyakini Menteri Kewangan yang telah membuktikan kegagalannya memahami terma “hutang” negara hingga menurunkan pasaran saham.
China – rakan strategik semakin menjauh, apakah selepas ini nasib pasaran minyak kelapa sawit juga ikut menjunam sebagaimana pasaran durian yang gagal masuk ke China?

Aku termangu, politik balas dendam Mahathir kepada Najib benar-benar mencagar dan mengheret kepentingan orang Melayu dengan polisi-polisi baru dan mulai meresapi kepentingan ekonomi. Apa akan jadi pada bulan-bulan akan datang, kekuatan bangsa Melayu ditanggalkan satu persatu dalam semua bidang.

Jangan bakal longlai bangsa ini untuk bersaing dalam sistem meritokrasi yang di banggakan Melayu PH, yang akhirnya matlamat para chauvinist Cina di mudahkan mahupun disempurnakan oleh Melayu PH. Mudah di ratah senang di perintah.

Melayu layu di tanah air sendiri.

Maaf Melayu PH, jalan kalian makin menyongsang dan tegar mempertahankan kepercayaan bangsa lain akan menguruskan bangsa Melayu lebih baik, seolah-olah Melayu dalam parti kalian yang bijak dan baik sudah tiada, tinggal yang layak jadi khadam saja.

Muhasabah Selepas Rebah.
……………………………

……………………………
https://youtu.be/5Y9yYyb_6Rs
……………………………

#Mampu Centre
HASSAN THASBIT II
28/07/2018
…………
https://pakdin.my/tag/khazanah-nasional

 

UTAMAEKONOMIKHAZANAH Nasional - Secawan Cappuccino☕

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium