Khir Toyo Ada Peluang Ketepikan Hukuman Penjara – Muhammad Shafee

khir-toyo-pejara

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mempunyai peluang untuk mengetepikan hukuman 12 bulan penjara atas kesalahan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007, kata peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Menjawab soalan media sama ada pihaknya akan menfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan hukuman penjara itu, Muhammad Shafee berkata pihaknya perlu meneliti penghakiman Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang tindakan.

Ketika ditanya media lagi sama ada pihaknya akan menfailkan petisyen pengampunan terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan itu, peguam itu berkata ia merupakan satu daripada peluang yang ada.

“Petisyen pengampunan merupakan satu pilihan yang ada, tapi ia bukan pilihan terakhir. Kami juga akan mempertimbangkan pilihan lain,” katanya kepada pemberita selepas sesi mahkamah itu berakhir, di sini, Selasa.

Ditanya mengenai keputusan hari ini, beliau berkata ia mengejutkan barisan peguam yang mewakili Dr Mohamad Khir termasuk isterinya, Zahrah Kechik, 50, kerana pihaknya yakin mahkamah akan memihak kepadanya.

Muhammad Shafee juga berkata pihaknya kecewa apabila mahkamah menolak rayuan anak guamnya bagi menjalani program khidmat masyarakat untuk menggantikan hukuman penjara.

Beliau berkata, anak guamnya juga mengarahkannya untuk memulakan tindakan menghina mahkamah terhadap akhbar ‘The Sun’ berhubung dua artikel yang diterbitkan akhbar itu selepas mahkamah menangguhkan keputusan untuk menjatuhkan hukuman hari ini.

Dalam pada itu, isteri Dr Mohamad Khir, Zahrah, yang kelihatan tenang ketika ditemui di luar lokap mahkamah berkata beliau menerima keputusan mahkamah dengan hati yang tabah meskipun ia amat menyedihkan seluruh anggota keluarganya.

“Memanglah saya sedih. Apa-apa pun saya anggap ini ujian Allah. Saya reda.

Dia (Dr Mohamad Khir) juga reda dan tabah menerima keputusan ini. Terima kasih,” kata ibu kepada enam anak itu sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.

Mahkamah Persekutuan hari ini menyabitkan Dr Mohamad Khir terhadap pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni, lapan tahun lepas.

Sementara itu, peguam Datuk Naran Singh menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini adil kerana hukuman penjara adalah sesuai bagi kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Beliau juga bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa program khidmat masyarakat seperti yang dipohon Dr Mohamad Khir hanya sesuai kepada pesalah muda.

“Ia adalah keputusan yang baik. Keputusan itu juga adil. Program khidmat masyarakat bagi menggantikan hukuman penjara hanya sesuai kepada pesalah muda,” katanya ketika dihubungi.

Berita berkaitan

Rasuah punca premis haram dilindungi di Sg Buloh – SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai mengutip dan...

Lelaki didakwa bunuh pensyarah UIAM

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang juga isterinya, di satu lokasi berdekatan...

Perbelanjaan naik taraf Stadium Shah Alam libatkan kos RM250 juta – MB Selangor

Kerajaan negeri Selangor masih meneliti kerosakan yang berlaku di Stadium Shah Alam sebelum mengeluarkan perbelanjaan yang sepatutnya untuk proses menaik taraf venue berkenaan. Menteri Besar...

Dr Mahathir, Tommy Thomas dan Guan Eng tipu rakyat

KUALA LUMPUR : Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pernah berhasrat untuk menyelesaikan...

Warisan sedia kerjasama dengan parti baru Tun Mahathir

TAWAU — Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia bekerjasama dengan parti baharu yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Presidennya Datuk Seri Mohd...

Australian man charged with bribing Malaysian official to secure sale of MARA’s Dudley House

Australian federal police have charged one of its citizens for allegedly bribing a Malaysian government official to secure the sale of a multi million-dollar...

Kluster Sivagangga: Enam sekeluarga di Kulim dibawa ke hospital

Enam orang dari sebuah keluarga di Kulim yang dipercayai positif COVID-19 diambil pasukan Covid Kementerian Kesihatan (KKM) kira-kira jam 6 petang tadi. Kesemua mereka dipercayai...

Mahathir akan tubuh satu lagi parti Melayu petang ini untuk bersama DAP

Petang ini Tun Mahathir dijangka akan mengumumkan penumbuhan parti baru, setelah mahkamah semalam mendapati dia bukan lagi Pengerusi PPBM (Bersatu). Parti baru Mahathir ini dikhabarkan...

Guan Eng dituduh minta rasuah keuntungan 10 peratus

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah atas tuduhan meminta rasuah berhubung projek terowong bawah tanah. Dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur...

Dr Mahathir akan ke Sabah, mahu 13 Adun berpaling tadah dihukum

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau akan mengunjungi Sabah menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan di negeri itu. Mahathir berkata...

Related articles

Rasuah punca premis haram dilindungi di Sg Buloh – SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis-premis perniagaan yang menjalankan...

Lelaki didakwa bunuh pensyarah UIAM

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang juga isterinya, di satu lokasi berdekatan tasik di Cyberjaya, dua minggu lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan Mohd...

Perbelanjaan naik taraf Stadium Shah Alam libatkan kos RM250 juta – MB Selangor

Kerajaan negeri Selangor masih meneliti kerosakan yang berlaku di Stadium Shah Alam sebelum mengeluarkan perbelanjaan yang sepatutnya untuk proses menaik taraf venue berkenaan. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kos untuk menggantikan bumbung polikarbonat...

Dr Mahathir, Tommy Thomas dan Guan Eng tipu rakyat

KUALA LUMPUR : Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pernah berhasrat untuk menyelesaikan isu berhubung penyelesaian hutang tertunggak oleh bank pelaburan Goldman Sachs...

Warisan sedia kerjasama dengan parti baru Tun Mahathir

TAWAU — Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia bekerjasama dengan parti baharu yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerjasama itu boleh dicapai sekiranya agenda parti...

Latest articles

1 COMMENT