Kilang kitar semula plastik musnah terbakar - pakdin.my

KLANG: Sebuah kilang kitar semula plastik yang terletak dekat Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman di Pelabuhan Barat, di sini, musnah terbakar hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.22 malam ini berhubung kebakaran itu.

Susulan laporan itu, pasukan penyelamat dari 11 Balai Bomba iaitu Pelabuhan Klang, Kota Raja, Sungai Pinang, Petaling Jaya, Subang, Kota Anggerik, Andalas, Serdang, Sungai Buloh, Seputih dan Shah Alam ke tempat kejadian.

Lebih 50 pegawai dan anggota serta 11 jentera dikerahkan ke lokasi yang tiba kira-kira 15 minit kemudian bagi mengawal kebakaran yang memusnahkan kilang berkeluasan 180,000 kaki persegi mengandungi sebuah bangunan setingkat.

Api berjaya dikawal pada pukul 10.51 malam dan tiada kecederaan serta kematian dilaporkan.

Punca kebakaran masih disiasat.

https://youtu.be/9HFfmq7yxro

UTAMABERITAKilang kitar semula plastik musnah terbakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium