Thursday - July 29, 2021 @ 23:54
GAYA HIDUPKim Jong Un label K-Pop sebagai 'barah mudarat'

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop merosakkan akhlak belia dan anak muda di negaranya.

Menyifatkan K-Pop sebagai “barah yang dahsyat’, Encik Kim mengenakan hukuman yang lebih berat ke atas rakyatnya yang menonton filem Korea Selatan, K-drama atau video-video K-Pop.

The New York Times turut memperincikan kempen anti-K-Pop itu menerusi dokumen-dokumen sulit yang dibocorkan dari Korea Utara selepas pertama kali dilaporkan oleh Daily NK yang berpangkalan di Seoul, Korea Selatan.

Media rasmi Korea Utara menyelar penularan pengaruh “antisosialis” yang didakwa merubah “pakaian, fesyen rambut, pertuturan, tingkah laku” anak muda di Korea Utara.

Encik Kim sudahpun mengarahkan pemerintah negara itu supaya mengambil tindakan keras bagi melawan pengaruh budaya tersebut terhadap anak muda negara itu.

Disember lalu, Encik Kim memperkenalkan satu siri undang-undang baru untuk menguatkuasakan hukuman lebih berat terhadap kesalahan menonton atau memiliki bahan hiburan dari Korea Selatan dari pesalahnya dikehendaki melakukan kerja berat dari lima tahun sehingga 15 tahun dalam kem buruh.

Media rasmi Korea Utara juga memberi amaran sekiranya pengaruh-pengaruh tersebut tidak disekat, ia akan “meruntuhkan” Korea Utara

Malah, sesiapa saja yang membawa masuk bahan hiburan Korea Selatan secara haram berdepan dengan risiko dikenakan hukuman lebih berat, termasuk hukum gantung.

– CNA/SM/sm

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here