25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Kira-Kira 40 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Di Kampung Simunul, Sabah

simunul-terbakar

Kira-kira 40 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Simunul, di sini, Rabu.

Pegawai Bomba Kanan Dua Semporna Lajah Abdul Jalil berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.13 petang dan tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian bersama 28 anggota termasuk enam anggota dari balai Semporna, lima anggota dari balai Kunak dan 17 anggota dari balai Tawau.

“Kami tiba di tempat kejadian pada pukul 2.16 petang dan kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 3.57 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat dan semua mangsa akan ditempatkan di Dewan Masyarakat Semporna.

Sementara itu, pihak bomba Tawau menerima sebanyak 53 kes kebakaran melibatkan hutan dan belukar di daerah itu sejak awal tahun sehingga Isnin lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzex berkata kebakaran itu berlaku berikutan keadaan cuaca yang panas ketika ini.

“Pada Rabu lepas sahaja kami menerima sebanyak sembilan kes kebakaran hutan termasuk sebuah rumah di Jalan Kuhara,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran secara terbuka bagi mengelak sebarang kebakaran berlaku.

Berita Berkaitan

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu...

PRN Sabah: Parti Cinta Sabah tanding 72 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding 72 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...