KIT SIANG GAGAL DIDIK ANAK – PAS - pakdin.my

(Agenda Daily) – Kerjasama PAS dan DAP putus bukan disebabkan PAS, tetapi DAP sendiri. Segala yang dilakukan oleh Pas adalah berdasarkan persetujuan dalam pakatan sebelum ini termasuk isu hudud.

PAS menyifatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang gagal mendidik anaknya, Lim Guan Eng menjadi seorang ahli politik yang bijaksana terutama berkaitan soal kerjasama membabitkan kedua-dua parti itu sebelum ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Kit Siang perlu mendidik anaknya itu supaya tidak terus meletakkan kesalahan terhadap orang lain dalam sesuatu perkara.

Katanya, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP selalu menyalahkan PAS yang dikatakan punca kerjasama kedua-dua parti itu dalam pakatan pembangkang putus sebelum ini.

“Kerjasama PAS dan DAP putus bukan disebabkan PAS, tetapi DAP sendiri. Segala yang dilakukan oleh Pas adalah berdasarkan persetujuan dalam pakatan sebelum ini termasuk isu hudud.

“Apa yang kita mungkir? DAP yang memutuskan hubungan bermula dengan Pas di Sabah, Sarawak dan kemudian memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.

“Sepatutnya Kit Siang kena didik anaknya (Guan Eng) supaya menjadi ahli politik yang lebih bijaksana. Bagi saya, dia gagal mendidik Guan Eng untuk menjadi seorang ahli politik yang bijaksana. Jadi sekarang ini, dia mahu meletakkan kesalahan pada PAS,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, PAS tetap dengan pendirian sedia menentang PAN dan DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kita tidak ada kerjasama dengan PAN dan DAP. Kalau PAN dan DAP bertanding di kerusi PAS, kita lawan,” katanya.

jason-chin-dap

UTAMAPOLITIKKIT SIANG GAGAL DIDIK ANAK – PAS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium