Kit Siang Khianati Ahli DAP Demi Keluarga - pakdin.my

Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan satu bentuk pengkhianatan sebenar kepada DAP.

Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin berkata, perbuatan Kit Siang menjalin hubungan politik dengan Dr. Mahathir sebenarnya tidak memberi sebarang hasil yang menguntungkan kepada DAP.

“Kit Siang menganggap Dr. Mahathir mampu membawa ramai pengikut ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) demi kebaikan pakatan pembangkang, malah beliau turut merasakan Dr. Mahathir boleh membantu anaknya, Lim Guan Eng terlepas daripada hukuman penjara kerana bekas Perdana Menteri itu mempunyai ‘kawalan’ ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku. Akhirnya, pengkhianatan Kit Siang ini tidak menguntungkan,” katanya melalui portal Malaysia Today, http://www.malaysia-today.net hari ini.
Mengulas lanjut, Raja Petra berkata, kebanyakan ahli DAP sedar bahawa tindakan yang dilakukan Kit Siang untuk bekerjasama dengan Dr. Mahathir itu tiada kaitan dengan kepentingan parti.

“Ahli DAP sedar bahawa Kit Siang telah mengkhianati DAP dengan ‘menjual’ prinsip parti kepada Dr. Mahathir. Malah, mereka mengetahui perkara itu tidak ada kaitan dengan kepen­tingan DAP tetapi lebih kepada keperluan peribadi Kit Siang,” tegasnya.

Raja Petra turut menyifatkan prinsip Penasihat DAP itu pada ketika ini berbeza terutama apabila mengambil sikap berdiam diri dalam skandal perdagangan mata wang Bank Negara Malaysia (BNM).

“Saya mengakui bahawa pada era pra-2010 iaitu sebelum pakatan pembangkang mulai lemah dan retak, saya meletakkan Kit Siang pada tempat yang tinggi, sekurang-kurangnya beliau perlu dikagumi kerana kegigihan dan ketabahannya.

“Namun, secara tiba-tiba Kit Siang dilihat sama seperti manusia lain iaitu seorang lelaki yang mempunyai rasa takut dan lemah serta merupakan seorang individu yang akan berkompromi dengan prinsip serta sanggup mengkhianati parti untuk menyelamatkan diri dan keluarganya,” katanya.

20170220-kit-siang-pentingkan-keluarga

UTAMAPOLITIKKit Siang Khianati Ahli DAP Demi Keluarga

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium