KL Seremban Express Way: Teresa Kok penipu besar mengenai pemansuhan tol!!

Belum 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara, sudah pelbagai alasan yang diberikan kepada rakyat mengenai kesukaran menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto mereka.

Dalam masa sama, PH juga dilihat cuba melakukan apa sahaja untuk mengambil kredit terhadap sesuatu perkara yang bukan merupakan usaha mereka.

Di laman Facebook, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok didakwa cuba mengelirukan rakyat apabila mengakui bahawa pemansuhan tol di di jajaran Kuala Lumpur – Seremban Expressway dan Salak Expressway adalah salah satu janji yang ditunaikan PH.

Kenyataan tersebut kemudiannya ditempelak Ahli Exco Pemuda PAS, Nurul Islam Mohd. Yusoff yang mengingatkan orang ramai bahawa tol yang dihapuskan di lebuh raya berkenaan pada 1 Jun tempoh hari bukanlah hasil usaha kerajaan.

Sebaliknya, bayaran tol dimansuhkan disebabkan oleh kontrak konsesi yang telah tamat pada jam 12 malam, 31 Mei lalu.

“YB @teresakok, jangan claim sesuatu yang bukan usaha anda. Tol Kuala Lumpur – Seremban Expressway dan Salak Expressway dihapuskan bermula 1 Jun 2018 bukanlah jasa kerajaan PH.

“Ia dihapuskan kerana kontrak konsesi tamat pada pukul 12 malam 31 Mei 2018,” ujar Nurul Islam di laman Twitter miliknya.

Pada 31 Mei lalu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan tiada lagi kutipan tol di kedua-dua jajaran lebuh raya itu bermula 1 Jun 2018 seiring dengan penamatan tempoh konsesi jajaran berkenaan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, LLM berkata, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 50 peratus hingga 1 peratus (di antara RM 0.40 hingga RM1.70).

Penamatan tersebut memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari dan disebabkan itu juga, terdapat penyokong PH yang bertindak memuji kerajaan kerana dikatakan berjaya menunaikan janji.

Menurut Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See-To, operasi tol yang bermula ketika zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir bersama BN sememangnya tamat pada jam 12 tengah malam tadi.

“Kedua-dua konsesi itu yang berada di bawah syarikat ANIH Bhd. dan tidak pernah dilanjutkan tempoh konsesi oleh kerajaan BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Datuk Seri Najib Tun Razak

“Justeru, penyokong kerajaan tak payah ‘perasan’. Mereka patut terus tuntut PH untuk menghapuskan segala tol di Malaysia seperti dijanjikan dalam manifesto PH untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya dalam satu kenyataan tempoh hari.

Dalam pada itu, tindakan Teresa yang mendakwa bahawa pemansuhan tol berkenaan merupakan salah satu janji yang ditunaikan kerajaan PH ternyata tidak benar sama sekali.

Nampaknya, sindrom ‘syok sendiri’ oleh pemimpin dan penyokong  PH ini masih tidak boleh dibendung sejak kemenangan mengejut mereka pada PRU-14 yang lalu sedangkan masih banyak janji yang belum ditunaikan

Rujukan:
http://pakdin.my/kontrak-konsesi-tol-kuala-lumpur-seremban-expressway-dan-salak-expressway-tamat-31-mei-2018/

#FaktaBukanAuta
#RinduZamanNajib
#ManaDuitForex

Loading...

21 COMMENTS

  1. Jangan hairan atau terkejut dog….kan parti PH ini pakar kaki penipu…abaikan cakap depa…dri Madey hingga ke soldier2 nya semua kaki penipu /pmbohong raayat…itulah kebolehan depa memenangi PRU kali ini…drpada manifesto yg dijanjikan satu pun x ditunai…janjinya minyak, ptptn, tol, brim, potongan gaji suami, hutang sat 1 trillion sat 868 billion… terang2 penipu…dlln semuanya hanya wayang bgi mngelirukan/mmprbodohkan raayat…sah lah parti PH..PARTI PENIPU RAAYAT

  2. BILA ASKAR PENCEN BERSUARA, TERSENTAK JIWA… ?

    Ada yang cakap,bagus JASA,SPAD dan JKKP dibubarkan kerana membazirkan wang kerajaan.Ia ada benarnya,tapi terfikirkah kalian kenapa kerajaan sebelum ini mewujudkan badan-badan tersebut ?Untuk makluman kepada semua,badan-badan itu sengaja diwujudkan bagi memberi lebih ruang untuk orang melayu bekerja.Ada kalian lihat yang kerja seperti di atas dari kaum lain ?

    Itulah agenda melayu daripada sekian banyak badan-badan yang diwujudkan itu.Tak semua hal perlu kita hebahkan,dan berhentilah daripada syak wasangka buruk.Kerana adakala kebaikan dan pembelaan terhadap bangsa kita tak perlu diwar-warkan.Namun tahukah kalian semua betapa kaum lain amat irikan segala keperluan dan bantuan yang disediakan di atas nama melayu.

    Membazirkah kerajaan sebelum ini menyediakan 17 ribu peluang pekerjaan secara kontrak kepada mereka-mereka yang telah dibuang ini.Luaskan pemikiran untuk bangsa melayu kita,di sebalik 17 ribu orqng itu sudah tentu ada rantaian tanggungan tiap orang dari mereka.Alangkah sedihnya dikala ramadhan yang mulia ini dan tidak lama lagi aidilfitri bakal tiba.Bagaimana nasib mereka,kemana untuk mereka bergantung harap.

    Disebalik kesedihan mereka ini,sudah tentu berita gembira pada satu kaum lagi,mereka gembira kerana telah dapat merobek akan kepentingan umat melayu di negara ini.Jangan kita terkejut jika TEKUN,MARA,PNB,MRSM,KEMAS dan apa saja kepentingan melayu akan diruntuhkan satu persatu atas nama kesamarataan.

    Jika sebelum ini Kementerian-kementerian yang ada di Putrajaya dipenuhi mejoritinya melayu,selepas ini akan dipenuhi oleh bangsa yang amat mengidamkan negara ini.Bermula dari kerani,Sus,Supol dan Ksu akan dipelopori oleh mereka ini.Jika dulu bangsa ini yang meminta kepada pemimpin-pemimpin kita,usah hairan hari ini kita melayu pula yang akan meminta-minta dengan bangsa mereka.

    Lihat bahagian kewangan negara sudah cukup.Wang kita bangsa lain yang kendalikan.Usah bicara soal kesamarataan,adil dan saksama.Sudah pasti kelebihan kepada bangsa mereka.Kita hanya akan boleh yang asas sahaja,itu pun sudah semestinya dibahagi sama rata.Sedangkan yang tidak kita tahu semestinya lebihnya bangsa mereka.

    Seburuk-buruk melayu biarlah melayu,kerana akan dapat kepada melayu yang lain juga.Inilah yang dikatakan :-

    “Tergadai segala harta benda,
    Akibat sengketa sesamalah kita
    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita ini
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ketangan yang lain
    Pribumi menangis sendiri

    *MEJAR Wan Norshahid Zainol(B)

  3. Bosan la admin..ni world cup dah nk dekat tau. Tak yh asik crita politik jee…kita tgok world cup dkt rtm free je tau..kerajaan siap dpt dana 30 juta lgi tu..tk de pembaziran pun dilaku kan wahahhaha..hebat kn negara ku???

  4. Bosan la admin..ni world cup dah nk dekat tau. Tak yh asik crita politik jee…kita tgok world cup dkt rtm free je tau..kerajaan siap dpt dana 30 juta lgi tu..tk de pembaziran pun dilaku kan wahahhaha..hebat kn negara ku???

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here