Klip Audio: Berita sedih untuk mahacai PH

Hari ni peguambela Dato’ Seri Najib Razak memohon untuk dapatkan rakaman audio perbualan yang didedahkan oleh SPRM (Latheefa Koya) semalam kerana didapati boleh membantu dalam pembelaan perbicaraan Dato’ Seri Najib

Baru sahaja kamu berpesta semalam kan 😭

#TumbangkanPH
#KerajaanSepenggal
#UbahBalik

………
Facebook Najib Razak:

Peguam saya telah memohon secara rasmi kepada Mahkamah hari ni.

Peguam bela Najib mohon dapatkan rakaman audio SPRM

2.18 petang – Pasukan pembelaan Najib Razak akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan rakaman audio SPRM yang dikatakan berkaitan dengan 1MDB.

Peguam bela utama bekas perdana menteri, Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengenai hal tersebut pada awal prosiding petang ini.

“SPRM menyediakan rakaman pita dan mereka mendedahkannya kepada dunia secara keseluruhan. Majoriti kandungannya boleh digunakan untuk pembelaan kami,” kata Shafee.

DPP V Sithambaram kemudian memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan berhak untuk membantah atau tidak membantah permohonan itu, sementara pendakwaan menunggu melihat butiran lanjut.

Comments

comments