26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

Klip Video Pemeriksaan JAIS Di Gereja Tersebar

Mereka kata kepda pegawai JAIS mereka pasti tiada muslim didalam program tersebut. Maknanya mereka nak kata 12 orang yang memiliki nama islam sebenarnya telah murtad?

Rakaman video ketika Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan pada majlis ‘Thanksgiving’ yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), 3 Ogos lalu telah muat naik di sebuah laman blog, Screwkuat69.blogspot.com sejak Rabu.

Rakaman tersebut di bahagikan kepada dua bahagian, bahagian pertama mempunyai durasi sekitar satu minit 25 saat manakala bahagian kedua sekitar enam minit telah dipaparkan laman blog berkenaan.

Klip tersebut menunjukkan tindakan seorang pegawai penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan ke atas upacara ‘Thanksgiving’ yang diadakan di DUMC dengan menemubual seorang wakil penganjur yang dikenali sebagai Sophia.

Antara dialog yang kedengaran dalam rakaman bahagian kedua ialah:

“Saya juga hendak tahu ada atau tidak orang Islam hadir dalam majlis ini,” kata pegawai penguat kuasa JAIS.

Bagaimanapun, wanita bernama Sophia yang memakai baju kebaya berwarna kuning itu menafikannya, dan menegaskan dia pasti tidak ada orang Islam yang berada dalam gereja tersebut.

Dalam rakaman video tersebut juga, pegawai penguat kuasa JAIS turut bertanya mengenai nyanyian lagu ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahuakbar’ dalam majlis tersebut.

Sebaliknya, Sophia memberi alasan perkataan tersebut tidak pernah diharamkan untuk digunakan oleh orang bukan Islam.

“Alhamdulillah bermaksud bersyukur kepada Tuhan. Allahuakbar bererti Tuhan itu Maha Agung. Kerajaan tidak pernah mengharamkannya,” katanya.

Namun penguat kuasa terbabit menegaskan perkataan-perkataan itu eksklusif untuk orang Islam sahaja sebagaimana yang dikuatkuasakan di Selangor.

Sementara itu, pada bahagian pertama video berjudul ‘Jalan-jalan buka puasa, Thanksgiving Dinner Hall 3 Damansara Utama Methodist Church 3 Ogos 2011’ bermula dengan sekumpulan pegawai JAIS bergerak menuju ke sebuah dewan.

Dalam video itu juga kelihatan beberapa peserta yang hadir pada majlis itu berada di luar dewan serta bunga manggar yang diletakkan di hadapan pintu masuk dewan.

JAIS sebelum ini menafikan tindakannya itu sebagai satu serbuan dan menegaskan bahawa ia hanya satu pemeriksaan selepas mendapat maklumat bahawa terdapat kehadiran umat Islam pada yang dianjurkan itu.

Pada 3 Ogos lalu, penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan ke DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat 12 individu Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

JAIS mendakwa, ketika pemeriksaan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan orang Islam.

Mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Isu tersebut menjadi kontroversi apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Komen

..

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan