25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

Kobe Bryant, anak maut dalam kemalangan helikopter

CALIFORNIA – Pemenang NBA lima kali, Kobe Bryant dan anak perempuannya, Gianna antara sembilan yang terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di bandar Calabasas, dekat sini.

Menurut syerif LA, tiada yang terselamat apabila helikopter persendirian itu menjunam dan terbakar.

Pemain legenda bola keranjang itu bermain dengan pasukan Lakers selama 20 musim dan dianggap pemain terbaik dalam sejarah NBA.

Ucapan takziah daripada rakan-rakan atlet dan selebriti mula membanjiri media-media sosial dan kebanyakannya terkejut dengan kematian beliau.

“Kami semua berasa sangat sedih sekarang kerana awal hari ini, Los Angeles, Amerika dan seluruh dunia kehilangan seorang hero,” kata pengacara Grammy Awards, Alicia Keys.- Agensi

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.