Kompleks Kota Raya Lengang Tapi Tenang – Peniaga Barangan Lain Terjejas Akibat Khabar Angin - pakdin.my

kotaraya-lengang

Pusat beli-belah Kota Raya lengang dengan hanya beberapa buah kedai sahaja dibuka berikutan pergaduhan di kompleks itu pada hari sebelumnya.

Pasukan dari The Star tiba di tempat kejadian pada waktu makan tengah hari, Isnin dan mendapati hanya pihak media yang memenuhi pintu masuk kompleks beli-belah itu.

Pusat beli-belah itu bagaimanapun hampir kosong tetapi suasananya tenang dengan beberapa pelanggan dilihat memasuki bangunan.

Beberapa kedai elektronik yang terletak bertentangan pusat beli-belah itu juga ditutup.

Sitti Sarah Rashidi, 27, yang mempunyai sebuah kedai runcit berkata dia membuka perniagaan lewat dari biasa dan hanya berbuat demikian selepas melihat orang lain membuka kedai mereka.

Katanya pelanggan mungkin takut untuk datang ke pusat beli-belah ekoran kerana kejadian itu tetapi dia tidak mampu untuk menutup kedainya hari tersebut.

Sitti menambah ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku di pusat beli-belah itu.

Katanya pergaduhan yang hampir sama meletus pada September lalu.

Seorang pekerja kedai kasut berkata pergaduhan itu telah menjejaskan perniagaan.

“Insiden seperti ini pernah berlaku sebelum ini tetapi ini adalah yang paling teruk.”

Muizzuddin Zharfan, 17, berkata sebelum ini dia telah datang ke Kota Raya bersama saudaranya untuk membeli telefon dan tertarik dengan harganya yang rendah.

Muizzuddin berkata hari ini dia datang lagi ke pusat beli-belah ini selepas melihat video pergaduhan itu kerana bimbang dia juga ditipu.

Dia telah membayar RM370 sebagai deposit untuk telefon Oppo N3 tetapi masih belum menerimanya. Peniaga di situ telah memberitahunya bahawa dia akan menerima telefon itu apabila dia membayar baki RM1,230.

Banyak kedai di pusat beli-belah ini dikendalikan oleh warga asing yang telah diarahkan oleh majikan mereka supaya tidak bercakap kepada pihak media.

Kebanyakan pelanggannya juga warga asing.

UTAMABERITAKompleks Kota Raya Lengang Tapi Tenang - Peniaga Barangan Lain Terjejas Akibat...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium