25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 28, 2021

KOMUNIS BUKAN HERO

Inilah penilaian saya terhadap tulisan (komen) yang datangnya dari seorang wanita. Cukup rasional, bernas, kemas dan padat. Cara penyampaian dan persoalan yang diutarakan cukup mengujakan.

Saya ingin kongsikan tulisan wanita berkenaan bersama rakan-rakan Facebook. Sama-samalah kita memahami dan menghayatinya.

Adakah pihak British terlalu kejam sehingga sanggup membunuh dgn pertumpahan darah?

British menguasai atau menjajah dengan pendekatan secara diplomatik atau rancangan yang lembut tapi berkuasa. British menjajah Tanah Melayu bukan dengan kekerasan tapi menguasai minda. Penjajahan British adalah hasil kemajuan mereka tapi bukan dengan hasil kekerasan dan pertumpahan darah. Samada secara bahasa, agama, hasil bumi dan hak kerakyatan.

Cuba fikirkan siapa yang nak keluarkan tayar masa itu?

Mereka nak buat apa dengan getah?

Mereka nak buat apa dengan timah?

Orang melayu masa itu tahu ke getah nak dibuat apa?


Timah nak buat apa?

Orang Melayu yang bijaksana adalah Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman kerana mereka sedar peranan British dengan rancangan yang ingin menidakkan Tanah Melayu adalah hak utama orang Melayu.

Mengapa orang Melayu menentang Malayan Union?

Elok sahaja orang Melayu menentang Malayan Union dengan bersatu hati tanpa pertumpahan darah yang mengakibatkan orang Melayu terkorban seperti komunis menyerang Bukit Kepong.

Kenapa Chin Peng tidak mahu berunding dan menyerah diri kepada kerajaan?

Kenapa pula Tunku boleh sahaja dapatkan kemerdekaan Tanah Melayu kepada pihak British. Tidak pula pihak British berperang atau menumpahkan darah orang Melayu untuk merdeka. Yang biasa kita dengar kekejaman pihak Komunis dan Jepun.

Tapi dimanakah kekejaman pihak British?

Mengapa kita boleh berunding dengan pihak British untuk minta kemerdekaan dan mengapa pula kita tidak boleh berunding dengan Komunis atau Jepun?

Ada sesiapa boleh tolong jawabkan?

Komunis dan Jepun hanya tahu paksa dan bunuh sahaja. Tapi pihak British biasanya kita dengar akan duduk semeja dan berunding. Bila orang Melayu bersatu maka akan menimbulkan kerisauan pihak British.

Jadi mana yang lebih kuat samada dengan pertumpahan darah atau penyatuan dan sefahaman orang Melayu itu sendiri. Cuba kita fikirkan pejuang Melayu dahulu memperjuangkan untuk menentang British. Tapi tidak pula penduduk kampung teraniaya, terseksa dan mati dibunuh dek serangan pihak British. Ada baiknya kita dijajah British daripada pihak Komunis dan Jepun, dan cuba kita lihat sekarang, apa yang ada pada China dan Jepun?

British telah maju dahulu dan Jepun hanya pandai meniru. Kita orang Melayu lagilah, Cuma tahu pakai je.

Antara Sony dan Pensonic mana tuan/puan pilih dah tentulah Sony.

Antara kelab bola sepak Queen Park Rangers dan Kelab Johor FC dah tentulah Tony Fernandes pilih Queen Park Rangers.

Akhir kata seandainya kita diperintah oleh komunis dan Jepun apa kesannya pada waktu ini?

Ada lagi ke orang Melayu mendapat haknya di bumi sendiri?

Jadi fikir2kanlah saya pun malas dan nak cakap banyak-banyak.

Tapi tidak perlulah kita menganggap komunis itu hero dan British itu pengganas. British hanya penjajah dan Komunis itu penjajah dan pengganas dibumi asing (Tanah Melayu). Kalau pengganas orang Melayu di Tanah Melayu itu sendiri namanya bukannya penjajahan dalam keganasan itu namanya derhaka atau jenayah dalam negeri. Kalau tidakpun sebagai pejuang menentang penjajahan dan pengganas orang asing di Tanah Melayu.

Fikir2kanlah.

p.s:-


Berbanggalah Kita Sebagai Rakyat Malaysi.

Berbanggalah kita bukan mangsa Komunis dan Jepu.

Berbanggalah kerana kita menyokong Pasukan Bola Sepak Kelab Liga Perdana Inggeris.

Berbanggalah Inggeris yang menjajah kita maka adalah hasilnya getah, timah, keselamatan, pekerjaan, pendidikan, ekonomi dan lain-lain tapi tidak kepada agama dan bangsa.

Berbanggalah jika kita menjajah mereka dengan agama Islam dan Adat Bangsa Melayu.

Kita tetap Islam dan Melayu.

Facebook Fadzil Mohamed

Berita Berkaitan

Komen

  1. jap… british duduk meja berunding? takde pun penjajah dalam sejarah baik macam tu. Kalau tak, tu tak panggil penjajah tu panggil united states aje. Berunding tu hanya bila diorang tahu ada kelebihan bagi pihak diorang. Setahu sejarah yang saya belajar, kalau agreement diorang buat dalam meja berunding semuanya adalah dalam ke utamaan diorang.. sama je. anyway, bagi pendapat saya, yes somepoint ur rite.. british tak seteruk dari segi tak ber perikemanusian sebab british always known to be more of the tersirat , cara halus in other words..

    my question .. Jepun memang jahat benor ke? komunis yes.. but Japanese??? diorang tu bunuh, dera, kecam and all that ke? dari mane u dapat fact tu? dari British or western propaganda and orang2 melayu yang pro british? macam insident Left Adnan.. yes dia memang bagus.. askar yang taat, but askar yang taat ke british.. kalau kita fikir fikirkan macam u cakap, kalau u penjajah, atau u datang menjajah negara orang, u tak bunuh atau tak berperang ke dgn musuh u? esp kalau dia betul2 orang yang kuat? hhmm.. this is an interesting part. banyak juga yang saya dgr orang jepun yang jaga orang melayu baik. saya tak tahu , macam kamu juga. kita bukan hidup dalam zaman tu tapi banyak orang biasa yang tak de kene mengena dgn apa2 pihak pada masa tu pernah cerita dgn saya yang orang jepun tak kacau diorang pun. dera tu kepada kaum2 pro british atau anti jepun which wat british did also pun. hanya tak publicize aje. even some claim, sistem rukun tetangga and stuff tu jepun yang introducekan. so seriusly bro.

    • History shall always need to be written by blood to fight mati matian so the future generation will always remember the sacrifice. The truth is, penyatuan bangsa dan kesafahaman bukan senang macam dgr cerita dekat kedai kopi atau pementasan ahli2 politik. kalau takde atau tak sanggup berjuang bermati matian kita tak akan wujud apa2 penyatuan bangsa dan kesefahaman. Belajar lar dari sejarah melayu berapa kali kita di tindas dari bangsa sendiri dan lain2. Sebab kita mampu berceramah dan jual semuanya untuk beli kebebasan. Itu yang tunku Abdul Rahman buat. Itu yang Tun marah. Itu pun kita masih lagi sampai sekarang macam dulu gak.. tak berumah.. kita makin jadi 2nd class citizen di negara sendiri.. SEBAB? bangsa yang tak berani nak berjuang, hanya pok pek pok pek aje. Look at INdonesia, bangsa melayu gak. tapi patriotisma dan jiwa kerakyatan amat tinggi walau macam mane kita complain diorang tu mundur. Nie adalah antara negara2 seperti America, france ( the ppl’s revolution) etc yang berjuang berdarah dan mati matian untuk kebebasan mutlak dari penjajah.. bukan bagi semua kat penjajah untuk kemerdekaan.

  2. apa yg ko tulis dh membuktikan ko masih dijajah… x kira la siapa penjajah.. tetap dipanggil penjajah, org yg menentang penjajah jauh lebih baik dari bersengkongkol dgn penjajah..
    bodoh ke hapa ko ni?? hasil bumi adalah hasil negara.. bukan inggeris yg hasilkan… kalau dia x keluarkan dahulu.. ko bayangkan apa jadi sekarang?? tentu lebih kaya… buduh…
    ps: antara sony dan pensonic aku pilih pensonic, sbb aku bangga membantu malaysia…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.