27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Komuniti Suluk Sabah Kecam Tindakan Nurul Izzah Jumpa Jacel Kiram

Masyarakat Suluk Sabah
Masyarakat Suluk Sabah

Komuniti Suluk di negeri ini mengecam tindakan naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Tindakan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu dianggap tidak menghormati rakyat Sabah khususnya mereka yang menjadi mangsa insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah Mohd Zaki Harry Susanto berkata sebagai rakyat negara ini, Nurul Izzah tidak sepatutnya bertemu dengan keluarga Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan di Kampung Tanduo manakala Jacel secara terang-terangan menyokong tindakan pencerobohan itu.

“Kedaulatan negara diceroboh dalam insiden Kampung Tanduo tetapi Nurul Izzah pula bertemu dengan individu yang menyokong pencerobohan itu.

“Sebagai rakyat Sabah, kami kesal dan mengecam tindakan Nurul Izzah bertemu Jacel. Insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo merupakan sejarah hitam kepada rakyat dan negara ini,” katanya kepada Bernama hari ini.


Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 Nov dalam akaun Facebook beliau berhubung pertemuannya dengan Nurul Izzah.

Mohd Zaki yang juga Pengerusi Gabungan Persatuan Komuniti Belia Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne) menyifatkan tindakan Nurul Izzah sebagai terdesak untuk mendapat sokongan antarabangsa.

Beliau berkata Nurul Izzah cuba mengaitkan Kesultanan Sulu dalam kemelut politi berteraskan simpati.

“Sebagai rakyat dan wakil rakyat, tindakan Nurul Izzah itu tidak bertanggungjawab dan tidak mempedulikan mereka yang merasa kesan pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo khususnya keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap Nurul Izzah termasuk mengharamkan kemasukannya ke Sabah.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan