Konflik Kepentingan : Guan Eng Buat Pusingan U Selepas Nama Isteri Didedah - pakdin.my

Betty Chew Gek Cheng bini Lim Guan Eng

AIDCNews – Facebooker Lim Sian See berkata kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa isterinya, Betty Chew Gek Cheng menolak satu jawatan berkaitan dengan hartanah oleh Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dibuat selepas ianya terdedah kepada media.

“Isteri anda sebenarnya menerima jawatan itu dan telah bergambar bersama-sama dengan jawatankuasa PCCC apabila ia telah dilancarkan. Dalam artikel berita bersama-sama, terdapat juga kenyataan daripada beliau (Betty).

“Berikut adalah bukti: Gambar dan artikel lain yang memetik kenyataan Betty. Sekarang peranan dia (Betty) yang terlibat dalam konflik-kepentingan telah terdedah, (jadi) dia terpaksa melakukan pusingan-U,”kata Lim Sian See.

Menurutnya, PCCC baharu sahaja menubuhkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pembangunan Hartanah, Pembinaan dan Pengurusan (PDCMC) yang bertujuan untuk menjaga kepentingan ahli berkaitan dengan hartanah di Pulau Pinang serta menggalakkan interaksi di kalangan ahli-ahli pembangunan yang berkaitan dengan perumahan.

“Penasihat (PCCC) adalah individu yang terkenal, Tan Sri Tan Kok Ping, dikenali sebagai seorang yang sangat rapat dengan Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Artikel berita (ini) memetik ‘convenor‘ PDCMC (adalah) Datuk Finn Choong Khuat Seng dan juga (satu nama) bernama Betty Chew Gek Cheng sebagai ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab bagi “perkhidmatan harta”.

“Betty, merupakan ADUN DAP di Melaka dan mungkin masih lagi ahli DAP, juga dilihat di dalam gambar artikel tersebut.

“Betty juga adalah isteri kepada Lim Guan Eng dan sejak beliau menjadi Ketua Menteri beliau juga memegang tanggungjawab berkaitan tanah dalam portfolio EXCO negeri itu, ini adalah kes yang jelas Konflik Kepentingan.

“Demikianlah perniagaan tanah dan hartanah berlaku di Pulau Pinang. Semuanya dalam satu keluarga ?,” dedah Lim Sian See.

Facebooker Lim Sian See membuat kenyataan itu sebagai menjawab kenyataan Guan Eng yang disiarkan Malaysiakini semalam.

“Adakah media BN sudah kehabaisan isu untuk menyerang saya apabila PCCC juga berkata Chew tidak menerima jawatan itu ?” soal Guan Eng yang jelas kelihatan kecewa selepas ditanya mengenai perkara itu pada sidang akhbar semalam.

Jangan ‘Serang’ Saya Melalui Isteri & Keluarga – Guan Eng

Jawapan Guan Eng itu dibidas oleh Lim Sian See yang menyindir beliau sebagai ‘double standard’ apabila mendakwa partinya, DAP, sebagai berbilang kaum tetapi membenarkan isterinya menyertai Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang

“Adakah dia (Betty) akan ditawar jawatan ini jika dia bukan isteri Ketua Menteri? Heck, seperti anda, dia pun bukan berasal dari Pulau Pinang, sebaliknya dari Melaka.

“Anda (Guan Eng) tidak suka orang bercakap atau menyerang isteri anda kerana dia bukan lagi seorang ahli politik, betul? Jadi mengapa guna dia (Betty) semasa Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) dan mencukur kepalanya? Jadi, ia adalah okay untuk anda menggunakan isteri anda sebagai alat politik untuk menyerang BN tetapi tidak okey jika BN menyerang isteri anda?

“Adakah anda pernah bersuara dan memprotes terhadap pemimpin Pakatan dan RBA anda yang terus menyerang isteri PM Najib? Serangan ke atas beliau tidak henti-henti walaupun beliau juga bukan seorang ahli politik,”katanya lagi.

UTAMAPOLITIKKonflik Kepentingan : Guan Eng Buat Pusingan U Selepas Nama Isteri Didedah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium