26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Konggres Kebangsaan DAP 2012 – Perwakilan Dedah Unsur Politik Wang Mula Menular Dalam DAP

kongres dapGEORGE TOWN: Seorang perwakilan DAP pada Sabtu mencadangkan supaya anggota parti diberi peluang untuk membuat pilihan terus bagi memilih kesemua jawatan kepimpinan parti termasuk pengerusi dan setiausaha agung parti.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata perkara itu bagi mengelak berlakunya unsur politik wang dalam pemilihan 20 anggota jawatankuasa tertinggi pusat (CEC).

Katanya, unsur-unsur tidak sihat itu mula menular dalam DAP memandangkan jumlah keanggotaan parti yang semakin meningkat.

“Parti pusat sepatutnya memikirkan juga pada masa akan datang untuk meminda perlembagaan parti supaya pemilihan seperti jawatan Setiausaha Agung dan Pengerusi dibuat terus oleh anggota parti,” katanya kepada Bernama selepas membahaskan ucapan dasar Setiausaha Agung pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di sini.

Ditanya sama ada politik wang berlaku di dalam parti DAP ketika ini, beliau berkata : “Ada…setakat ini bibit-bibit ada,” katanya.

DAP kini mengamalkan sistem pemilihan seramai 20 anggota CEC yang kemudian akan berbincang dan melantik individu di kalangan anggota jawatankuasa berkenaan bagi mengisi jawatan penting seperti Setiausaha Agung dan Pengerusi.






Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

UMNO-PAS kekal muafakat!

Mengiringi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS...

UMNO nafi keluar surat sokong Anwar jadi PM

Surat yang mulanya disebarkan melalui portal berita MalaysiaNow memperlhatkan surat tersebut dalam bentuk format...

‘UMNO diminta hantar perincian baharu kerjasama dengan PN’

UMNO sudah diminta menghantar surat rasmi memperincikan syarat baharu kerjasama politik yang mahu dituntut...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan