Kongres Kebangsaan DAP 2012 – DAP Masih Dikuasai Dinasti Keluarga - pakdin.my

dinasti dalam DAP

GEORGE TOWN, 15 Dis  — Keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Sabtu sekali lagi menyaksikan penguasaan dinasti keluarga dalam kepimpinan parti.

Seperti yang dijangka, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang terus memperoleh sokongan kuat dengan meraih undi tertinggi iaitu 1,607 undi diikuti anaknya Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung parti dengan 1,576 undi.

Begitu juga Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh, yang memperoleh 1,411 undi dan anaknya, Gobind Singh Deo mendapat 1,197 undi. Seorang lagi anaknya, Jagdeep Singh Deo, bagaimanapun gagal menyertai barisan kepimpinan pusat apabila cuma meraih 227 undi.

Dua pemimpin DAP Perak iaitu Setiausaha dan Pengerusi yang merupakan saudara sepupu, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham, masing-masing berjaya menganggotai jawatankuasa pusat itu apabila memperoleh 1,075 undi dan 824.

Anggota Parlimen Ipoh Barat M.Kula, yang memperoleh 984 undi, adalah satu-satunya pemimpin kaum India dalam barisan kepimpinan baharu bagi tempoh 2012-2015.

UTAMAPOLITIKKongres Kebangsaan DAP 2012 - DAP Masih Dikuasai Dinasti Keluarga

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium