Kongsi Maklumat Benar Pemakanan Cegah Risiko Kanser

Akhir-akhir ini terdapat banyak perkongsian melalui media sosial berkaitan makanan atau diet yang perlu diamalkan untuk mencegah serangan penyakit kanser.

- Advertisement -

Namun tidak diketahui sejauh mana kebenaran perkongsian tersebut dan sumbernya apatah lagi terdapat percanggahan antara artikel-artikel tersebut.

Ada antara artikel melaporkan kononnya makanan seperti soya merupakan agen pembiak kanser yang aktif dan individu seharusnya mengelak makanan tersebut dalam diet harian.

Ada juga yang mendakwa memakan ayam atau daging dalam pasaran adalah berisiko mendapat kanser berbanding memakan produk organik atau ayam kampung.

Tidak ketinggalan amalan memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro juga dikatakan boleh menyumbang kepada kanser.

Pakar diet merangkap Eksekutif Pembangunan Pendidikan Persatuan Kanser Malaysia (NCSM), Lim Chooing berkata sehingga kini tidak ada bukti untuk membuktikan bahawa ayam komersial boleh meningkatkan risiko kanser.

“Ada percaya di mana ayam biasa disuntik dengan hormon pertumbuhan atau bahan kimia lain yang menjadikan ayam yang tidak selamat untuk dimakan atau boleh mencetuskan perkembangan kanser,” katanya kepada Bernama.

Justeru, menasihatikan bahawa seseorang itu perlu mengambil diet yang seimbang dengan sumber protein yang baik seperti ayam, ikan, produk tenusu rendah lemak, dan makanan bersoya.

Soya semula jadi sebagai minuman, katanya, adalah amat baik untuk kesihatan, malah memberi faedah kepada bekas pesakit kanser.

“Cuma soya yang diproses menjadi suplemen kita tidak tahu sejauh mana ia memberi risiko penyakit kanser,”kata Chooing.

Bagaimanapun, katanya, individu dinasihat mengehadkan pengambilan daging merah seperti daging lembu, kambing dan mengelak daging diproses seperti ham, bakon dan sosej.

Chooing berkata pesakit kanser atau orang awam juga digalakkan untuk makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni seperti lobak merah, beri biru dan kubis merah kerana ia memberi semua nutrien yang diperlukan.

Sementara itu, menyentuh mengenai perasa makanan seperti monosodium glutamat yang juga disebut boleh menggalakkan kanser, Chooing berkata tiada kajian membuktikan bahawa perasa boleh membawa kepada kanser.

Begitu juga tanggapan kononnya dengan amalan memasak atau memanaskan makanan dalam ketuhar gelombang mikro menyebabkan kanser adalah tidak berasas sama sekali, katanya.

“Ketuhar gelombang mikro tidak membuat makanan menjadi radioaktif. Ketuhar gelombang mikro  memanaskan makanan dengan menghasilkan radiasi yang diserap oleh molekul air dalam makanan. Ini menjadikan molekul air bergetar dan menghasilkan haba, yang memasak makanan.

“Ketuhar gelombang mikro memanaskan makanan. Mereka tidak membuat apa-apa perubahan kepada makanan yang tidak dibuat dalam mana-mana kaedah memasak lain,”katanya.

Katanya, lagi orang awam yang mahu tahu mengenai diet yang sesuai bagi pesakit kanser atau makanan sihat untuk mencegah kanser boleh merujuk kepada NCSM atau pertubuhan berkaitan kanser lain bagi mengelak kekeliruan fakta.

“Orang awam boleh menghubungi talian free tol 1-800-08-1000 untuk maklumat mengenai kanser dan memuat turun aplikasi “Stronger Than Cancer” yang direka khas untuk pesakit kanser, bekas pesakit dan orang awam.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

[Video] Ahmad Maslan: PN kerajaan ‘pintu istana’, bukan ‘pintu belakang’

Isu kerajaan ‘pintu istana’ yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan mengundang perdebatan hangat antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dewan...

[Video] Ahmad Maslan: PN kerajaan ‘pintu istana’, bukan ‘pintu belakang’

Isu kerajaan ‘pintu istana’ yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan mengundang perdebatan hangat antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dewan...

Jurgen Klopp mahu kembali ke Jerman, beri bayangan bila tinggalkan Liverpool

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp mengakui bahawa beliau merancang untuk kembali ke Jerman apabila kontraknya tamat dalam empat tahun. Pengurus itu menandatangani perjanjian baharu dengan The...

Laporan audit: 28 makanan kering luput lebih 1 tahun dibekal ke sekolah berasrama

Sebanyak 28 bahan makanan kering yang dibekalkan di bawah Program Bekalan Makanan Bermasak (BMB) di 13 sekolah berasrama didapati tidak mempunyai tarikh luput dan...

Kejayaan tukar speaker bukti Agong tepat dalam membuat keputusan

Ketika Agong membuat keputusan bahawa Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti lalu diangkat menjadi perdana menteri susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan ekoran perletakan jawatan Dr...

Individu hina tulisan Jawi tak layak jadi warganegara Malaysia

Individu yang menghayati dan mengamalkan prinsip kelima Rukun Negara – Kesopanan dan Kesusilaan – tidak akan sesekali menghina tulisan Jawi yang menjadi warisan negara. Pengerusi...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.