Konspirasi Tidak Menjadi Kerana Najib Berpengalaman Dengan Politik Kotor Mahathir - pakdin.my

konspiraai-mahathir-3-tan-sri.jpg

Isu 1MDB tidak habis habis sehingga kini, dan setiap kali gerakan anti Najib tersepit atau pun Tun Mahathir tersepit pasti sekali akan ada kisah baru berkenaan 1MDB dari luar negara.

Walaupun kisahnya sama tetapi akan ditulis dan diolah semacam “scoop baru”.

Maka kelihatanlah kononnya terbongkar atau terlondeh rahsia besar berkenaan 1MDB.

Mangsa kepada berita ini yang tidak tahu pun ia tulisan berbayar yang sudah di “upfront” kan “payment” oleh pro Tun Mahathir yang bersungguh sungguh membantu menyebarkan dan memviralkan cerita dongeng berkenaaan 1MDB.

Paling lucu, mangsa kepada pemberitaan ini adalah penyokong Tun Mahathir sendiri. Mereka tidak tahu mereka termakan kisah dongeng hasil upahan puak idola mereka sendiri.

Jika ada bukti kukuh tentu sudah hampir dua tahun lebih kisah 1MDB tidak akan berkisar kepada cerita sahaja tetapi pembuktian pula.

Namun disitulah kekurangannya, cerita macam macam tanpa kemukakan bukti.

Tun Mahathr dalam kenyataannya baru baru ini, mengaku secara sengaja atau tidak sengaja, wujud konspirasi, dan menyalahkan salah seorang dari “konspirator” itu mengkhianati sesama mereka.

Dalam kenyataannya Dr. Mahathir mendakwa, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed telah dikhianati oleh pihak yang tidak dinamakan identitinya.

Ini bermakna betul sangat apa yang ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin selama ini.

Walaupun Tun Mahathir berkata beliau tidak terbabit, ia umpama menyatakan esok matahari tidak akan terbit , kerana terlalu jelas apabila Tun Mahathir boleh bercerita panjang lebar berkenaan konspirasi itu.

Tun Mahathir pernah berjaya dalam konspirasinya untuk menjatuhkan Abdullah Badawi kerana ketika itu ia cubaan pertama dan ramai yang menyokongnya belum menghidu agenda sulit dan peribadinya.

Namun, dengan cubaan kali kedua dan atas modus operandi yang sama , ia nyata gagal , kerana penyokong yang pernah menyokongnya ketika itu sudah mula sisihkan diri dari Tun Mahathir kerana sudah faham akan niat dan agenda peribadi Tun Mahathir yang berselindung dibelakang isu yang dicipta.

Tambah lagi orang yang Tun Mahathir mahu gulingkan iaitu Datuk Seri Najib adalah orang yang bersama sama dengannya sekian lama dan sudah pun mengetahui cara dan rupa bentuk serangan yang akan dilakukan oleh Tun Mahathir.

Najib faham Tun akan guna pengaruh nya dalam “network” kerajaan dan juga talibarutnya seperti 3 Tan Sri diatas yang kini mendiamkan diri kerana ketakutan akan diambil tindakan lebih lanjut.

Jika mereka dalam keadaan benar tentu mereka sudah pun menemui akhbar dan media luar negara untuk menceritakan kisahnya, tetapi mereka tahu mereka hanya alat kepada Tun Mahathir dan mereka mengetahui apa kesalahan mereka.

Mereka bernasib baik kerana Najib bukanlah Mahathir.

Akibat kebijaksanaan Najib memintas banyak kerja kotor yang cuba dibuat oleh puak Pro Mahathir , maka akhirnya tertubuhlah parti baru Pribumi, ini adalah opsyen akhir Tun Mahathir, kerana plan utama menggunakan ahli UMNO untuk tumbangkan Najib yang telah pun gagal.

Bagai dikatakan oleh setengah pihak selama mana Najib boleh bertahan , maka semakin kekalutan akan terbongkar mengenai Tun Mahathir.

Walaupun Tun Mahathir dan kuncunya mengeluarkan dana yang banyak untuk membunuh jenama “Najib”, namun tanpa perlu keluar dana seperti Mahathir kisah lampau Mahathir yang makin mula diketahui oleh rakyat.

Benar bagai dikata, atas sebab reputasi Mahathir amat teruk ketika menjadi Perdana Menteri, maka sebelum matanya pejam, Tun Mahathir harus capai cita cita peribadi nya menaikan zuriat yang mewarisi berbillion ringgit dan sambil itu mahu mencari pengganti kepada nama buruknya, dan dia mendapati Najib sesuai untuk maksud itu, waima perlu keluarkan modal yang banyak.

UTAMAEDITORIAL1MDBKonspirasi Tidak Menjadi Kerana Najib Berpengalaman Dengan Politik Kotor Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium