Konvensyen BN Selangor – Ingatan PM Kepada Pemimpin BN (video) - pakdin.my

Pemimpin parti komponen Barisan Nasional, BN diingatkan supaya tidak hanya menjaga kepentingan kelompok masing-masing semata-mata untuk menjadi calon bertanding.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, realiti politik akan menyebabkan BN tidak akan berjaya memimpin negara sekiranya hanya berdiri di atas satu kaum sahaja.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI
“Political realiti ini juga seharusnya membuka minda kita supaya tidak menjaga kelompok atau kaum kita sendiri. Kalau kita wakil rakyat dan satu komponen Barisan Nasional apakah kita sudah menghayati semangat pengasas negara kita jangan hendaknya sebagai wakil rakyat kita jaga kaum atau kelompok kita sendiri.”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, pagi tadi.

Menurut Datuk Seri Najib, pemimpin BN yang tulen dan berhimpun atas semangat dan prinsip BN.

Masyarakat yang susah wajar dibantu dan pemimpin BN perlu menerpa ke hadapan untuk membantu mereka tidak kira kaum dan warna kulit.

Beliau juga mengingatkan agar mentaliti menjaga kelompok masing-masing juga tidak diamalkan pada waktu pilihan raya.

UTAMABERITAKonvensyen BN Selangor - Ingatan PM Kepada Pemimpin BN (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium