24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Koridor Asrama SK Punan Ba Runtuh – Murid Pasrah Tidur Berhimpit

murid-sk-punan-sibu-berkongsi-rumah-guru-besarKoridor asrama runtuh awal tahun belum diperbaiki, murid-murid  SK Punan Ba dikhuatiri terpaksa terus berkongsi rumah guru besar

SIBU: Kurang sebulan lagi, sesi persekolahan 2013 akan bermula namun murid-murid yang tinggal di asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Punan Ba di Belaga, masih menanti sinar sejak koridor asrama mereka runtuh hampir setahun lalu.

Kelewatan pihak berkenaan      mengambil langkah konkrit membela nasib mereka dikhuatiri memaksa murid-murid yang terjejas kembali tidur berhimpit-himpit antara satu sama lain apabila sesi persekolahan tahun depan bermula tidak lama lagi.

Kejadian pada jam 8.50 malam 31 Januari lalu sentiasa menjadi igauan murid-murid apabila lima murid patah tangan, tiga retak tulang kaki dan seorang kakitangan lelaki sekolah retak tulang belakang.

Menurut sumber, hampir setahun sudah berlalu namun keadaan masih tidak berubah, malah nasib yang menimpa murid-murid ter-babit turut menjejaskan prestasi akademik sekolah itu.

“Rentetan kejadian itu, pihak sekolah terpaksa menempatkan murid-murid yang terjejas di rumah guru besar.

“Namun demikian, situasi tidak terkawal timbul ekoran kesesakan sehingga mempengaruhi penca- paian pelajaran dan kesihatan            mereka,” katanya yang tidak sanggup melihat murid-murid kem-      bali tidur dalam keadaan yang menyedihkan kelak.

Menurutnya lagi, lokasi rumah guru besar yang agak jauh turut menyebabkan murid-murid sering keletihan kerana terpaksa berjalan ulang-alik ke sekolah.

“Murid-murid juga sering basah kuyup terutamanya ketika hari      hujan. Situasi ini menyebabkan   murid-murid dalam keadaan ku-rang selesa dan tidak dapat memberi perhatian terhadap pembelajaran,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Billy Abit Joo yang prihatin dengan nasib sekolah dan murid-murid terbabit pernah memberi sumbangan bernilai RM10,000 selepas kejadian serta berjanji akan mendapatkan bantuan daripada Kementerian Pelajaran agar asrama baharu di-bina secepat mungkin.

Hasil bantuan Billy, katanya, sepasukan kakitangan Kementerian Pelajaran mengunjungi sekolah itu awal tahun ini untuk melihat lokasi tapak pembinaan asrama baharu.

“Projek pembinaan asrama baharu sekolah dijadual dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.

“Namun, sehingga kini rancang-an tersebut masih belum dilaksanakan lantas menimbulkan kegelisahan di kalangan pihak sekolah,” katanya.

Beliau menambah, masalah itu turut membawa kepada kemero-sotan mendadak keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 sekolah itu berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Pada tahun 2010, sekolah memperolehi keputusan kelulusan 81.33 peratus diikuti 84.44 peratus pada 2011, namun tahun ini, hanya 47.62 peratus,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap pihak berkenaan menyelesaikan masalah itu dengan segera demi memasti-kan keselesaan murid terjamin            dan prestasi sekolah dapat ditingkatkan semula.






Berita Berkaitan

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,355PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan