23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Kos 2 hari sewa jet eksekutif RM96,000

Gambar Anwar bersama Seng Giaw dalam sebuah jet persendirian

Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pakatan pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah RM96,000 (AS$30,000).

Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).

Difahamkan juga urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.

Sementara itu Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar, sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki oleh ketua pembangkang itu dilakukan secara profesional.

Jelasnya beliau tidak mengetahui bahawa Anwar akan menjadi penumpang jet eksklusif berkenaan apabila tempahan dibuat.

“Sehinggalah jet mahu berlepas baru saya tahu yang antara penumpang jet tersebut adalah Anwar dan rakan-rakannya. Saya orang berniaga dan menguruskan tempahan secara profesional. Saya tidak pula memeriksa siapa yang akan menjadi penumpang apabila sesuatu tempahan jet eksekutif dibuat,” jelasnya.

Sebelum ini seorang penulis blog, John F. Seademon mendakwa Mohd. Taufik yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar.

Kisah mengenai jet tersebut mula tercetus apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada laman Twitternya telah memuat turun gambar jet eksekutif yang diberi nama Dassault Falcon pada 15 September lalu yang kemudian telah dipetik oleh beberapa blog antaranya http://mediawangsamaju.blogspot.com.

Selain Anwar, turut menaiki jet eksekutif berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihanraya Pas, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin.

“Apabila saya melihat Anwar menjadi penumpang jet tersebut, apa yang boleh saya buat? Tidak mungkin saya meminta Anwar dan rakan-rakannya turun. Saya hanya sekadar boleh beristigfar dan tunggu apa yang akan berlaku selepas itu,” Kata Mohd Taufik lagi.

Menurutnya, tidak banyak syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri pengurusan penyediaan jet eksekutif di negara ini, oleh itu tidak adil bagi mana-mana pihak menunding jari dan menuduhnya ada kaitan dengan Anwar hanya kerana hal itu.

“Saya hanya cari makan dan ini adalah salah satu bidang perniagaan saya. Adakah saya bersalah hanya disebabkan Anwar menjadi salah seorang penumpang dalam jet yang diuruskan oleh syarikat saya.

“Saya amat berharap penjelasan ini menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan