25 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Kos haji tahun ini kekal RM9,980 – Jamil Khir

jemaah-haji

Kos menunaikan ibadah haji pada tahun ini kekal RM9,980 walaupun kos sebenar telah meningkat kepada RM16,115 seorang berbanding RM15,575 tahun lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata walaupun berlaku peningkatan kos, kerajaan mengambil langkah untuk tidak menaikan kos sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.

“Setiap tahun akan ada kos tambahan melibatkan tempat penginapan, pengangkutan, penerbangan pergi balik dari Malaysia ke Arab Saudi dan kos mutawif tapi harga masih dikekalkan demi membantu jemaah haji.

“Walaupun kos rendah, kita pastikan perkhidmatan diberikan pada tahap terbaik. Kita mahu kekalkan nilai perkhidmatan dan kualiti kepada jemaah haji Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 kepada 6,000 penerima kawasan Parlimen Jerai, di sini hari ini.

Jamil Khir berkata beliau akan ke Jeddah Rabu ini untuk menghadiri mesyuarat mengenai persiapan musim haji akan datang bersama kerajaan Arab Saudi.

“Saya akan cuba mengemukakan rayuan supaya kuota bagi jemaah Malaysia dapat dinaikkan,” katanya.

Jamil Khir berkata kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan kuota haji untuk jemaah Malaysia kepada 22,000 orang berikutan proses pembangunan dan menaik taraf kemudahan sekitar Masjidil Haram di kota suci Makkah.

“Kita faham mereka terpaksa menetapkan kuota jemaah…tetapi kerajaan akan terus memohon dan merayu untuk mendapatkan kuota tambahan sebanyak 10,000 dengan Arab Saudi bagi memenuhi keperluan rakyat negara ini,” katanya.

Berita Berkaitan

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...