Kos Kehidupan Rakyat Fokus Bajet 2012

Bajet 2012

Bajet 2012 akan memberi tumpuan kepada pengurusan kos kehidupan rakyat.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kerajaan merancang strategi terbaik untuk mengurangkan bebanan rakyat di samping menguruskan perkembangan ekonomi negara.

Menerusi laman blog 1Malaysia, Perdana Menteri beriltizam untuk bekerja keras memastikan masalah rakyat dalam kos kehidupan diuruskan dengan baik.

Tulisan Datuk Seri Mohd Najib itu menghuraikan Bidang Keberhasilan Utama Negara, NKRA yang ke-7.

Menerusinya, kerajaan mencari jalan terbaik memperbaiki rangkaian bekalan pertanian bagi memastikan kekurangan makanan adalah minimum.

Sistem kawalan harga dan pengurusan subsidi juga diteruskan, yang kini dikategorikan sebagai antara yang tertinggi di dunia.

Inisatif yang berfokuskan rakyat seperti klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan yang terbaru, Menu Rakyat 1Malaysia akan diperluaskan.

NKRA menangani kos sara hidup meningkat itu mengambilkira kenaikan harga makanan dan bahan keperluan di peringkat global.

Menurut Perdana Menteri, ramai yang mengalami kerumitannya namun kurang menyedari fenomena itu dialami di seluruh dunia serta turut memberi pukulan teruk kepada negara lain.

Selepas 2008, harga barang kembali naik pada pertengahan tahun 2010.

Ia berikutan pengeluar komoditi utama berdepan keadaan cuaca tidak menentu, kemarau dan banjir menyebabkan hasil tanaman penting seperti gandum dan gula rosak serta berkurangan manakala tindakan negara pengeluar utama mengurangkan eksport juga menyebabkan harga komoditi naik mendadak.

Turut memburukkan keadaan, penurunan paras penghasilan menyebabkan pembelian panik di pasaran.

Menurut Datuk Seri Mohd Najib, hakikatnya harga di pasaran dunia tidak akan kembali ke paras lima tahun dahulu dan akan terus naik.

Justeru, kerajaan bertanggungjawab melakukan yang terbaik untuk menangani kos yang semakin naik dan mencari jalan untuk mengurangkan kesannya kepada rakyat.

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.