Statistik Corona

Malaysia
2,067,327
Confirmed
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Malaysia
1,823,245
Recovered
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Malaysia
221,339
Active
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Malaysia
22,743
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,185,144
Confirmed
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Indonesia
3,976,064
Recovered
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Indonesia
140,138
Deaths
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am

Thailand

Thailand
1,462,901
Confirmed
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Thailand
1,317,527
Recovered
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
Thailand
15,246
Deaths
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am

Global

All countries
228,426,805
Confirmed
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
All countries
203,283,661
Recovered
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am
All countries
4,693,022
Deaths
Updated on September 18, 2021 07:54 7:54 am

Kos saraan Kabinet: Rahman bidas analisa portal berita pro pembangkang

Rahman-MKini-Gaji-Kabinet1

Susulan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penambahan anggota kabinet beliau pada Rabu, sebuah portal berita pro-pembangkang menerbitkan laporan analisis berhubung angggaran kos saraan atau gaji yang perlu ditanggung kerajaan.

Menurut artikel berkenaan, dengan tambahan tiga orang menteri Malaysia, kini mempunyai 35 menteri, dengan 10 daripadanya berkhidmat selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Manakala tambahan tiga timbalan menteri seperti yang diumumkan Perdana Menteri, menjadikan jumlah timbalan menteri kini adalah 28 orang.

Analisa itu selanjutnya mengandaikan, berdasarkan pakej saraan yang ditetapkan oleh Parlimen, kabinet baru yang berkembang ini akan mengakibatkan pembayar cukai di negara yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk menanggung kos kira-kira RM530,000 sebulan dari segi gaji, atau RM6.3 juta setahun.

Itu tidak termasuk saraan yang semua menteri berkenaan terima sebagai ahli parlimen, dan elaun-elaun lain yang diberikan kepada mereka.

Selanjutnya, analisa portal itu meyatakan, jika saraan timbalan menteri turut diambikira, kerajaan kini perlu membelanjakan kira-kira RM835, 325 sebulan untuk gaji pokok semua pemimpin tertinggi mereka, yang menjadikan jumlahnya mencecah sehingga RM10 juta setahun.

Bagaimanapun motif tindakan portal berita berkenaan menyiarkan artikel analisa saraan menteri serta timbalan menteri itu bagi menggambarkan seolah-olah ianya tinggi dibidas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ini kerana analisa berkenaan bersifat bias atau berat sebelah.

“Malaysiakini melaporkkan barisan Kabinet baru menelan kos RM10 juta setahun dan menggambarkan ianya tinggi, tetapi ia hanyalah 0.004% daripada belanjawan tahunan Kerajaan Pusat.

“Malaysiakini sepatutnya mendedahkan juga bahawa kerajaan negeri Selangor membayar sebanyak RM3.3 juta setahun untuk saraan Menteri Besar serta Exco atau 0.176% daripada bajet negeri, peratusan itu lebih tinggi berbanding Kerajaan Pusat,” tegas Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud melalui laman akaun Twitter beliau kepada portal berkenaan.

GAJI-MB-SELANGOR-DAN-EXCO

Najib tengahari tadi berkata, jumlah anggota jemaah menteri (Kabinet) yang semakin bertambah dengan pelantikan baru yang diumumkan pada Rabu tidak dapat dielakkan.

Katanya, beliau membuat perubahan berdasarkan keputusan baru MCA yang mahu menyertai Kabinet semula, selepas memutuskan sebaliknya sebelum itu.

“Kita terpaksa buat perubahan berikutan keputusan yang dibuat oleh MCA sebab pada mulanya MCA kata dia tak nak masuk kerajaan, tapi kemudian dia telah berfikir semula dan melihat bahawa perlu mereka menyertai kerajaan,” kata Najib dalam sidang medianya.

Beliau turut mengakui bahawa pengumuman tambahan anggota Kabinet ditunda ke hari ini bagi menumpukan perhatian kepada kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 Mei lalu.

Berkaitan